10 Benda Boleh Buat Duit Tanpa Perlu Labur Duit

Pemain Facebook (personal account) kena tahu ada 10 benda yang boleh buat duit tanpa labur duit.
Ianya hanya perlu bangunkan content yang tersusun dan konsisten di ruangan-ruangan ini:
1. Facebook Posting.
2. Facebook Story.
3. Facebook Group.
4. Facebook Event.
5. Facebook Marketplace.
6. Facebook Watch.
7. Facebook Messenger Story.
8. Facebook Live.
9. Facebook Messenger Bot.
10. Facebook Watch Parties.
Ke semua medan ini berbeza content dan berbeda cara nak tarik crowd dan jana jualan. Perkara pertama yang kalian kena buat ialah belajar bagaimana mahu gunakan semua platform ini.
Kemudian, guna satu demi satu melalui content yang telah disusun. Di sinilah pentingnya kegunaan content mapping yang kita sudah susunkan.
Apabila dah tersusun, sediakan jadual. Maka semua content itu dimuat dengan dengan membina audien. Ia bukan main-main.
Ada orang buat jualan dengan menjemput di event, sedangkan yang kita tahu fungsi itu hanya untuk jemputan kahwin, akikah dan sebagainya.
Ada orang buat video suka-suka sahaja, sedangkan dia tak tahu video yang tinggi viewnya akan masuk dalam search watch dan menjadikan account kita lebih tinggi capaian (reach) berbanding akaun yang lain.
Kawan-kawan, semua features itu mempunyai kuasa yang berbeza. Kita guna ikut apa yang kita susun. Kemudian enjoy dengan tinggi follower dan tinggi juga jualan.
Nak kaya, rancang dan buat.
Dan terus set dalam kepala,
Ada banyak tools zero cost yang ada depan mata. Gunakan sebaiknya untuk jana income.


Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
(Visited 2,060 times, 1 visits today)