10 Cara Bercerita Hal Sukan Di Media Sosial

Crowd bermaksud mengumpulkan pengikut di akaun media sosial kita dengan menggunakan nilai-nilai manusia biasa. Sebagai contoh, kita guna media sosial ini untuk bersosial dan untuk berniaga.

Kita merupakan orang yang suka bersukan, namun kita menjual produk makanan. Maka di media sosial kita boleh cerita hal sukan melalui menulis #content.

1. Tips diet.
2. Tips stretching.
3. Hebahan tentang sukan / joging / maraton.
4. Teknik senaman yang betul.
5. Teknik kuruskan badan, kecilkan pinggang, menggunakan senaman.
6. Cerita tentang ikon sukan untuk naikkan semangat orang.
7. Kawasan sukan / riadah.
8. Alatan sukan yang disukai, kedai mana yang murah.
9. Resipi diet / sihat.
10. Ulasan orang sukan tentang itu ini hal-hal kesihatan dan diet.
Dan banyak lagi.

Lalu kalian akan dikerumuni oleh orang yang suka sukan, suka diet, suka post-post kalian yang banyaknya “to educate, to inform dan to inspire” dan terus orang akan klik butang follow.

Dalam seminggu, up 3-4 kali posting begini. Selit-selitlah produk makanan kalian di antara posting itu.

Follower dapat, jualan pun dapat.

Di media sosial, tak pernah jadi satu kesalahan untuk muat naik perkara kita suka walau bisnes kita berbeza.

Yang kita suka itu kehidupan kita. Itu orang nak tengok dan follow. Dan apabila orang itu sudah follow, dia setia, maka kita jual apa-apapun dia akan beli.

Faham kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita bina crowd sama-sama.

(Visited 529 times, 1 visits today)