10 Fakta Menarik Media Sosial

MeltWater menyatakan:

1. Video yang dimuat naik di Facebook dan Instagram hari ini adalah 477% lebih tinggi dikongsi (share) dari video yang ada di Youtube.

2. 93 dari 100 orang yang mempunyai akaun Facebook dan Instagram akan membeli dari mereka yang menjual hanya 1 atau 2 iklan sahaja seminggu. Posting lain dari penjual itu adalah tentang kehidupannya, ia adalah kerana kepercayaan dari pembeli. Jika menjual (memuat naik posting iklan) lebih dari itu, maka kepercayaan pembeli akan semakin berkurang.

3. 80% posting iklan yang berjaya adalah yang kurang perkataan, namun menjurus kepada subjek sahaja (fakta).

4. Sehingga penghujung 2018, hanya 56% peniaga di Facebook meletakkan CTA. Dan ini menyebabkan mereka yang tidak meletakkan hal itu kurang mendapat jualan.

5. Top 3 Social Media Marketing ialah Content (83%), Blog (80%) dan email blast (77%).

6. Menggunakan grafik, gambar dan poster yang kena dengan psikologi warna produk adalah 80% lebih tinggi jualannya.

7. 71% pembeli dari media sosial akan membeli lagi dan lagi sekiranya mereka mendapat bonus (hadiah) dari pembelian tersebut.

8. Terdapat 76% pengguna sosial media dewasa (atas 21 tahun) hari ini.

9. 74% pemain media sosial bersetuju yang pengguna Facebook hari ini dimiliki oleh orang professional.

10. Facebook adalah medan orang pro bisnes manakala Instagram adalah lapangan hiburan.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.

(Visited 873 times, 1 visits today)