10 INPUT PENTING DARI NASKHAH “ANAK SEORANG DREBAR”, TULISAN TAN SRI SHAMSUDDIN ABDUL KADIR.

Saya senaraikan 10 perkara yang saya belajar dari naskhah “Anak Seorang Drebar”, tulisan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir.
1. Beliau masuk ke darjah 6 pada umur 17 tahun kerana perang penjajahan Jepun dan British. Sebagai murid yang paling tua, beliau teruskan belajar dan buang rasa malu. Kemudiannya beliau mendapat peluang belajar di luar negara dan menghabiskan pelajarannya di sana.
2. Ayah beliau merupakan seorang pemandu kepada beberapa orang pembesar di Kuala Lumpur, seorang yang berdedikasi, cermat dan hemat dalam kerjanya. Kehidupan mereka sangat sederhana namun perjuangan ayahnya memberi pendidikan kepada Tan Sri adalah sebuah kemanisan yang memberi banyaknya senyuman hari ini.
3. Beliau merupakan seorang anak tunggal dalam keluarga, hidup di rumah yang hanya ada 1 bilik berkongsi dengan ibu bapanya sehingga berumur 17 tahun.
4. Beliau pernah tinggal di sebuah kuarters 1 bilik berdekatan dengan rumah yang didiami majikan kepada ayahnya, selepas 15 tahun, beliau pula membawa ibu dan isterinya tinggal di rumah agam tersebut.
5. Beliau pernah tinggal di Kuala Lipis, Mentakab, Kota Bharu, Brunei, Singapura, England dan kembali ke Kuala Lumpur. Hijrah dan travel membuatkan beliau bertambah banyak pengalaman bersama orang ramai.
6. Membantu apa sahaja kesusahan yang ada di depan atau yang didengar. Ini ramuan utama nak berjaya.
7. Ayah beliau, Almarhum Abdul Kadir pernah mengayuh basikal dari Singapura hingga ke Kuala Lumpur semasa Jepun memasuki Malaysia. Pada waktu itu hanya berserah kepada Allah sahaja untuk beliau kembali ke pangkuan keluarga. Dan ianya berjaya.
8. Tan Sri Shamsuddin akan datang ke kolej / universiti anak-anaknya setiap kali musim peperiksaan. Beliau akan menguruskan anaknya, menyediakan makanan dan sentiasa ada di samping anaknya sehingga habis musim itu.
9. Networking terbina dengan kerendahan hati. Sama ada kita masih “kecil” atau kita sudah “besar” membina empayar, kerendahan hati adalah jiwa yang ulung untuk disambut dengan hubungan baik yang berpanjangan.
10. Sentiasa belajar walau kita ada sijil dan pelajaran tinggi. Tak boleh duduk dan tidak ambil tahu apa yang ada di sekeliling, micro atau yang sekecil-kecil hal kena dipelajari dan diperbuat. Itu perkara paling mustahak dalam membina empayar.
***
Sapura Holding dianggap sebuah kejayaan besar seorang anak Melayu yang lahir di dalam kemiskinan tahun sebelum Merdeka. Kisah melihat orang dipancung, kemudian kepala mereka disusun di pusat Kuala Lumpur menjadikan beliau hari ini seorang yang super berjaya.
Segala yang perit, beliau telan dan hadam. Kemudian beliau melangkah perlahan-lahan dengan sabar dan hemah.
Dari seorang yang dibayar $1 bekerja sebagai kedi, kini rumahnya berada di dalam resort golf antara yang termasyhur dalam negara.
Hari ini, Sapura (sempena nama almarhum Isteri kesayangannya) terbina dengan jadi sebuah empayar yang berbillion ringit harganya.
Buku wajib milik, naskhah asal di dalam bahasa Inggeris kini dalam bahasa Melayu. Boleh didapati di mana-mana gedung buku. Tahniah ITBM yang melaksanakan terjemahan yang sangat baik.
Tahniah juga Tan Sri dan seluruh yang membantu menyiapkan naskhah
hebat
ini, saya mengaguminya.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terinspirasi.
(Visited 1,119 times, 1 visits today)