10 Waktu Terbaik Doa

Ada satu perkara yang kita sentiasa ada untuk dekatkan diri kepada Allah, iaitu doa. Ia ada kelembutan hati untuk berhajat kepada sesuatu dengan meminta dari Allah untuk dimakbulkan.

Kawan-kawan, kita boleh berdoa pada setiap detik, masa, setiap saat, namun ada waktu terbaik yang kita boleh panjatkan doa kita kepadaNya.

Ingat ini, doa kena spesifik, jelas dan tidak terlalu umum.

Untuk meminta, memohon doa, asas utama ialah bertaubat dahulu di atas segala dosa yang pernah kita lakukan, kemudian, memohonlah di 10 waktu terbaik ini:

1. Sepertiga malam selepas menunaikan solat sunat tahajjud.

2. Semasa sujud pada setiap solat (setiap sujud, bukan sujud terakhir sahaja, doa di dalam hati ya).

3. Di antara azan dan iqamah pada setiap waktu solat. Pada waktu ini, bangunlah solat sunat qabliah dan berdoalah.

4. Selepas solat fardu 5 waktu. Jika boleh, selepas menunaikan solat, duduklah sekejap dan berdoalah sebanyaknya.

5. Semasa hujan turun, berdoalah. Berhenti mengeluh kerana hujan, biasanya itu adalah rezeki.

6. Semasa sedang bermusafir (travel). Ha, banyak-banyaklah mengembara, doa kalian sering makbul!

7. Semasa berbuka puasa, jadi banyak-banyaklah berpuasa sunat.

8. Selepas berselawat ke atas nabi, terus panjatkan doa!

9. Pada hari Arafah dikatakan Allah sangat dekat dengan kita semua. Jadi bertaubat dan berdoalah.

10. Semasa menziarahi orang sakit.

Begitulah. Semoga kita semua berkejar-kejar berdoa pada semua waktu dan mengutamakan 10 waktu terbaik ini.

Sumber: Koleksi Hadith.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mendoakan semua friends dan follower baik-baik sahaja semuanya.

(Visited 1,033 times, 1 visits today)