5 Ayat Al-Quran

Adakah anda tahu ada 5 ayat Al-Quran (atau lebih) yang sentiasa membangkitkan kalian semula apabila kalian down?

Nah, baca ini:

1. “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.” (Surah al-Inshirah ayat 6).

2. “Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: 216)

3. “Selamat sejahteralah di sebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.” (Surah al Ra’d : 24)

4. “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al’Rad: 28)

5. “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat dekat; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah ia menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul“. (Surah al- Baqarah: 186)

Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita bangkit sama-sama okey.

(Visited 201 times, 1 visits today)