1,080 Posting Setahun?

Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan.

Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting.

Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan?

Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000.

Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun.

Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh.

Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja.

Kawan-kawan yang baik,

Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat.
Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya.

Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal.
Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah.

Dan kawan-kawan,
Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana.
Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah.

(Visited 370 times, 1 visits today)