8 Social Media Trends

8 trends media sosial yang akan dibawa dari tahun 2018 ke tahun 2019.

1. Video content akan diluaskan lagi dengan kuasa “story-telling” di dalam video dan juga “Visual Content” yang menggunakan perkataan di dalamnya.

2. Content yang banyak titik persamaan sesama manusia akan lebih banyak berbanding sebelum ini. Ianya akan dianalisis mengikut negara dan lokasi. Contoh, Malaysia suka hiburan, maka content seperti itu akan dibantu untuk dinaikkan reach.

3. Chatbots dan message untuk kemudahan pengguna akan dinaik taraf untuk keselesaan hubungan penjual dan pelanggan.

4. Influencer marketer (yang ada sekurang-kurangnya 25k pengikut) akan lebih ramai. Dikatakan akan naik ke 20% tahun hadapan.

5. Facebook story dan Instagram story akan lebih popular berbanding posting.

6. Organic reach akan menurun sekitar 3-12% sekiranya kita muat naik iklan secara berturut lebih dari sekali sehari.

7. Content yang dieja dengan penuh, betul dan sempurna akan dibantu oleh robot untuk dinaikkan reach. Facebook sudah berjaya membangunkan lebih 240 bahasa seluruh dunia dan robot mereka boleh translate ejaan yang betul sahaja.

8. Live streaming akan menjadi trend besar selepas ini dan akan membawa pengikut yang lebih ramai.

Begitulah. Semoga kita terus mengolah idea dari semua ini.

Sumber: DigitalMarketingWorldForum, SocialMediaExaminer.

Khairul Hakimin Muhammad,
Beyond Expectation. Huhu.

(Visited 75 times, 1 visits today)