20 Perkara Tentang Facebook

20 perkara tentang Facebook yang kita semua kena tahu.

1. Sehingga Oktober 2018, jumlah pengguna Facebook seluruh dunia ialah 2.27 Billion, Malaysia 20.5 Juta.

2. 1.74 Billion pengguna aktif pada setiap hari (77%) yang memuat naik 4-6 status sehari, react dengan sekurang-kurangnya 25 status orang lain setiap hari.

3. 76% pengguna Facebook ialah wanita.

4. High traffic user ialah pada 1-3pm, manakala kadar aktif biasa ialah pada 7am-10pm.

5. Khamis dan Jumaat adalah hari paling tinggi engagement.

6. 300 juta gambar dimuat naik pada setiap hari.

7. Setiap 60 saat, ada 510,000 komen diberikan naik, 293,000 status dimuat naik, 230,000 butang share dipicit.

8. Posting dalam bentuk content disedut oleh software Facebook melalui ejaan yang ditulis dengan betul, penuh dan sempurna.

9. Posting content terkumpul setakat ini dari 2012 ialah sebanyak 4.75 Billion.

10. Malaysia masih ketinggalan 10 tahun di belakang UK dan USA dalam pembangunan content di Facebook walau duduk di ranking top 10 paling aktif bermain media sosial. Di negara ini, pengguna lebih suka membuat bising dan berbincang perkara tak perlu.

11. 42% pendiri bisnes mengakui yang Facebook adalah sebuah tools penting di dalam bisnes mereka.

12. Jualan tertinggi masih pada Isnin (monday blues) dan Rabu (wordless wednesday).

13. Purata kita melihat Facebook pada 1-1 masa ialah selama 20 minit.

14. 200 juta video ditonton pada setiap hari.

15. Ada 83 juta fake akaun dan double akaun yang masih belum lagi dibuang dari Facebook. Ia sedang giat dilakukan oleh Facebook dari masa ke semasa.

16. Sekiranya seseorang mempunyai 25,000 pengikut (Followers) atau lebih, dia dianggap sudah dikenali.

17. Facebook menganjurkan semua orang untuk memasukkan “Friends” yang sebenar sahaja di ruangan itu. Jika tidak, buka butang follow. Hanya friend sahaja boleh melihat posting yang diset sebagai “Friends only.”

18. Facebook masih paling popular di seluruh dunia,

Facebook – 53%
Whatsapp – 22%
Instagram – 19%
Others – 6%

19. Dari 50 juta page yang dibina setiap tahun untuk tujuan bisnes, ia boleh menjana sekitar 200 Billion USD transaksi pada tahun yang sama.

20. Facebook menjana jualan USD2Billion sehari dari FBAds.

Sumber:

SocialBakers, WordStream, Statistica, Zephoria, Statista, BusinessofApps, SproutSocial.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari buat duit guna Content di Facebook.

(Visited 106 times, 1 visits today)