3 Cara Hadapi Stress

Itu hari dapat bersembang doktor-doktor, tanya tentang betul ke stress akan sebabkan sakit? Mereka jawab iya. Namun tak ramai percaya.
 
Stress boleh sebabkan jerawat banyak.
Boleh sebabkan gigi bergesel masa tidur.
Boleh sebabkan gastrik, sakit perut, tiada tenaga.
Boleh sebabkan sakit kepala.
Boleh sebabkan badan lemah.
 
Jadi saya tanya soalan mudah sahaja, ada cara nak atasi?
 
Kawan saya cakap, tak ada. Caranya ialah hadap stress itu, manage stress itu. Itu sahaja.
Terpaksalah tanya lagi satu soalan, macam mana? Kawan saya jawab:
 
1. Hadap dengan ilmu.
 
– kita stress sebab kita tak tahu cara nak handle. Jadi cari jalan penyelesaian dengan ilmu. Membaca, bertanya dan insya-Allah akan selesai.
 
2. Hadap dengan kasih sayang.
 
– kita stress sebab kena marah, kena hina, kena herdik. Jadi kita kena berkasih sayang dengan badan kita dengan otak kita. Kita kena pastikan ia tidak masuk ke dalam diri.
– caranya ialah cakap kepada diri “aku bukan gitu, aku lebih baik dan aku akan repair setiap kesalahan.”
– berhenti membenci orang lain. Kebencian itu akan menambah stress dan akan merosakkan diri.
 
3. Hadap dengan yakin Allah bantu.
 
– kita akan jadi stress jika kita letak perkara itu takkan boleh selesai. Kena letak dalam kepala setiap 1 hal, Allah boleh selesaikan.
– pengharapan kepada Allah itu akan merawat kita. Cepat atau lambat sahaja. Keyakinan yang ini akan buat hati kita tenang dan jiwa kita lebih kuat.
 

Aha, syukur alhamdulillah dapat ilmu baru. Kita yang kawal stress kita kawan-kawan. Stress bagus untuk bangunkan diri. Syaratnya ialah hadap baik-baik. Uruskan baik-baik. Orang suka stress, orang selalu stress dan boleh kawal adalah orang hebat.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari! Bismillah.
(Visited 486 times, 1 visits today)