5 Asas Berniaga

2 tahun lepas saya duduk dengan seorang taikun automotif negara. Orangnya low profile. Saya mohon minta izin nak letak namanya, beliau tak kasi. Hanya beri isi kandungan perbincangan sahaja untuk diluahkan di sini.

Saya bertanya kepadanya asas berniaga sampai dia berjaya membuat jualan 1-1 premis kereta dia ke 200-300 juta setahun. Iya, kereta mewah belaka. Sebulan jual 10-20 biji pun dah makan juta-juta.

Katanya, dalam dunia bisnes ada beberapa perkara yang jadi rutin dan mesti kita buat berulang-ulang kali. Ianya ialah:

1. Networking. Berkawan dalam dunia bisnes ini ialah tentang duit dan melebar sayap. Tak boleh langsung berperang atau bertempur sekiranya ada masalah.

Sekiranya ada juga, guna undang-undang terus. Tak payah buang masa. Biasanya jika friendship kuat, ia akan ok. Jika tak, eloklah ke mahkamah.

2. Challenge. Dunia bisnes adalah dunia akrobatik yang penuh liku dan cabaran. Ia perlu mental yang kuat. Pekerja datang dan pergi, shareholder juga datang dan pergi, kita dan syarikat kita kena bertahan dan bertahan dengan berbagai cabaran. Jadi, anggap itu sebagai cabaran, barulah rasa ia sebuah perjuangan.

3. Research. Hari ini jika tak ada buat kajian, tak membaca, tak survey, tak observe, tak payah berangan nak jadi kaya. Orang hari ini dia sibuk dengar cakap kawan, padahal entah-entah kawannya itu cakap benda yang popular 2-3 tahun lepas.

Tahun ini sudah tidak. Jadi setiap apa info kita terima, siasat! Ia memberi pulangan dari sudut pelaburan di dalam membuat research.

Samsung pernah alami kerugian teruk hingga akhirnya menutup semua operasi dan hanya tinggalkan sebuah jabatan sahaja, iaitu R&D. Selepas mereka mengkaji penggunaan telefon menggunakan sentuhan jari, akhirnya sekarang Samsung mendominasi market telefon bimbit android.

4. Hutang Baik vs Hutang Tak Baik. Buat kajian tentang hutang yang kalian mahu ambil. Tak boleh sebarangan tengok jumlahnya sahaja. Tengok perancangan bayaran balik, jumlah faedah dan tentunya untung rugi membuat hutang.

Biasanya kesilapan hingga tutup sebuah bisnes ada di sini.

5. Berjiwa besar. “Pergi mati” dengan gaduh-gaduh kecil sesama kawan, bising sana sini tentang bisnes kawan lingkup dan sebagainya. Kita orang bisnes, tumpu bisnes kita.

Fokus dan berjiwa besarlah. Ada orang dia terlalu menyibuk tentang orang lain sampai bisnes dia sendiri ke laut. Boleh nak ambil tahu, ia sekadar ambil tahu dan belajar sahaja.

Kena ingat, bisnes ialah tentang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada orang yang boleh buat bayaran.

Jika kau tidak ada 5 perkara tersebut, mungkin kau tidak sesuai dalam arena ini. Tak perlu runsing, kerja pun ok. Semua itu juga sebuah rezeki.

Mana-mana pemain bisnes tetap perlukan pekerja, jadi semuanya ok sahaja. Yang penting, belajar.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jom cipta cita-cita.

(Visited 1,226 times, 1 visits today)