5 Cara Bina Kredibiliti Diri Di Facebook

Rata-rata hari ini semakin ramai yang menggunakan medium sosial untuk perkara-perkara kebaikan.

Malah, perkongsian santai dan pengalaman ringkas yang dilalui setiap hari membawa kepada pergaulan matang antara satu sama lain.

Selepas mengikut beberapa seminar secara online dan diskusi secara offline, saya rumuskan begini:

1. Perlu hanya ada satu sahaja profil akaun di Facebook (FB).

Ini kerana semua audien perlu dikumpulan pada satu tempat walau tujuannya berbeza.

Sebagai contoh, kita tidak mahu dikenali sebagai seorang bos di FB, maka dengan itu kita membuka satu lagi akaun hanya untuk bersosial di FB.

Tindakan ini akan mengundang 2 profil yang mempunyai kecelaruan identiti. Penipuan dan pengelakkan berlaku tanpa kita sedar.

Kita mengelak untuk ketahui bagaimana identity kita yang sebenarnya, dan cuba untuk menggunakan medium FB sebagai alat untuk menutup kelemahan kita. Ini bahaya besar.

2. Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun kita suka berniaga.

Rata-rata peniaga dan pengusaha lebih suka membuka satu akaun lain dan menamakannya sebagai nama perniagaan seperti Azam RichCake, Siti Kedai Jam dan sebagainya. Ini sangat tidak perlu.

Medium sosial dibina untuk bersosial dalam masa sama menjana kewangan. Melihat nama dan gambar profil yang jelas menunjukkan anda seorang jurujual mendatangkan bosan kepada bakal pembeli.

Terus kekal dengan nama Azam Bin Berazam tetapi jalankanlah perniagaan dengan nisbah post 5:1. 5 posting tentang kehidupan dan 1 posting tentang perniagaan.

Profil anda akan melonjak naik dan anda akan dapat meraikan penghormatan kredibiliti dalam empayar yang anda bina sendiri.

3. Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun anda seorang yang dikenali.

Ini adalah kerana profil anda adalah perkenalan besar kepada bakal-bakal pengikut anda yang baru.

Membina satu lagi profil tidak akan mendatangkan faedah kerana butang Follow sudah pun tersedia untuk digunakan.

4. Tidak perlu guna Fan Page sekiranya Profil anda sudah mempunyai pengikut yang tersendiri.

Mr. Mark Zuckerberg sendiri tidak mempunyai Fan Page dan beliau lebih suka dikenali dengan pengikutnya di Akaun Profil beliau.

Hanya klik butang follow. Kekuatan butang follow ini mempunyai aura yang tersendiri, pengikut yang sukakan posting anda akan sangat menghormati anda daripada Fan Page.

Fan Page bertindak sebagai ‘Fan’, sekiranya anda tidak menggunakan FBads, ia tidak membawa kesan maksimum. Tetapi Butang Follow bertindak sebagai ‘Follower’.

Mana yang anda mahu guna? Kaki Kipas atau pengikut? Oleh sebab itu, Instagram menggunakan butang Follow dan lihatlah bagaimana selebriti bertaraf mega tanah air menggunakan medium itu untuk menarik individu demi individu dari hari ke hari.

5. Bina kekuatan luar biasa dengan Group.

Group adalah aplikasi yang memudahkan urusan sekiranya mahu berkongsi file, dokumen dan perkongsian secara tertutup. Malah, rekod juga boleh diambil dan perkongsian boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Sebagai contoh, satu group Travel boleh berkongsi idea itinerary dengan hanya meletakkan dokumen dalam bentuk PDF ke dalam group. Ini tidak boleh berlaku dengan menggunakan Profil sendiri atau mana-mana Fan Page.

Menarik bukan? Jadi bina pengikut setia anda dengan Aplikasi Group.

5 perkara ini nampak enteng. Tetapi adakah anda tahu di luar sana anak-anak muda sedang mula bergelar jutawan dengan menggunakan tips-tips ini.

Mereka hanya ada kurang 5,000 pengikut tetapi menjana kewangan (RM) dengan 15 kali ganda sebulan dari jumlah pengikut yang mereka ada.

Asasnya ialah bina kredibiliti di akaun sendiri dengan menulis menggunakan ejaan tepat dan penuh, beradab, memberi maklumat dan fakta serta memberi keseronokan kepada pembaca. Hasil selepas itu tuan puan nantikan, insya-Allah.

Setiap orang mendaftar dengan FB dan memaparkan profil diri masing-masing, ada yang bertindak merahsiakan identity (tidak menjadi kesalahan), ada juga yang meletakkannya sebagai public. Semuanya sangat bagus dan perlu bererti kepada pemilik akaun dan juga kepada audien.

Sekiranya anda memang suka mencari kenalan di FB, dan melihat profil itu tidak boleh dibuka bahagian ‘about’, adakah anda akan cuba menambah beliau sebagai rakan?

Jika saya, jawapannya tidak. Perlu juga beberapa bahagian untuk dikemaskini sebagai public, untuk memudahkan urusan perkenalan sebelum aktiviti ‘add-add’ dijalankan.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk menggunakan FB sekadar berseronok dan suka-suka, ada antara kawan kita memang sukakan medium ini untuk bersama dengan rakan-rakan di alam maya. Itu pilihan mereka dan tidak menjadi satu kesalahan.

Bagi yang membina identiti untuk menjana kewangan, maka binalah empayar dengan bermulanya membina identiti yang baik dan bermaruah serta penggunaan platform untuk berkongsi ‘konten’.

Bina identiti sendiri, tidak menipu dengan meletak gambar orang lain, gambar anak, gambar suami atau isteri atau ikon atau selebriti.

Begitu juga elemen-elemen di dalam profil, binalah dengan meletakkan kehidupan yang betul dan benar. Jika mahu rahsiakan, tidak perlu menipu, hanya perlu tidak meletakkan apa-apa.

Kita punya profil, jadi kitalah yang bertanggungjawab penuh keatas maruah yang kita bina.

Jadi, guna hanya satu profil, guna nama manusia, guna gambar sendiri dan jadi diri sendiri. Kredibiliti akan terbina secara perlahan-lahan, dan kepercayaan akan menaik dengan spontan.

Kemudian, laraskan momentum, kekalkan perkongsian berasaskan konten, kalian akan membawa satu fenomena dalam empayar sendiri.

Eja dengan betul. Tulis fakta dan maklumat, kongsi perkara baik-baik dan pilih kawan untuk bina empayar. Moga-moga di sana nanti syurga pula menanti dengan pintu yang dibuka seluas-luasnya.

Terima Kasih.

Khairul Hakimin. Muhammad
Bermula dengan menulis blog kuahkari(dot)com, kini Penulis Buku paling kacak di Bangi. Kahkahkah.

(Visited 1,786 times, 1 visits today)