5 Industri Besar Di Media Sosial

Semasa di London itu hari, salah seorang guru menyenaraikan 5 perkara yang akan kekal sebagai ‘industri’ besar di media sosial untuk generasi yang lahir tahun 1990an ke atas di Asia Tenggara ini ialah:

1. E-Commerce. Barangsiapa yang ada hub ini, dia akan jadi tumpuan. Contoh: Lazada, Mudah, Motor Trader, Hartabumi dan sebagainya.

2. F & B. Yang duduk dalam bisnes makanan dan minuman, kalian perlu lebih kreatif untuk sampaikan makanan tersebut kepada pelanggan. Mana yang berjaya, akan terus berjaya. Yang mahu kekal buat untuk offline, boleh jadi ia akan semakin merudum.

3. Kosmetik. Dikatakan untuk generasi yang lahir tahun 1990an dan ke atas akan menggunakan alat solek 30% lebih banyak dari generasi sebelumnya. Ia bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki.

4. Kesihatan. Menjadi trend hari ini untuk nampak kurus, sihat, ketak-ketak dan sado. Oleh sebab itu produk dan servis yang ada kaitan dengan semua ini akan jadi sebuah trending yang lama. Contohnya menjadi personal instructor untuk gym / kurus.

5. Lifestyle. Seperti kasut, baju, stokin, beg, cermin mata serta aksesori barang kemas akan menjadi tumpuan kepada generasi ini. Mereka sangat suka show off dan menjadikan barang-barang ini sebuah kegilaan walau harganya mencecah ribuan ringgit.

Maka kawan-kawan, jika kalian di dalam bidang ini, pergi belajar FBAds, pergi masuk kelas content marketing dan pastikan kalian sangat bijak di media sosial.

Hari ini, menikmati penggunaan media sosial untuk bisnes adalah laluan mudah untuk kaya raya.

Rugi benar jika tak gunakan ia sebaik-baiknya.

Ingat ini, “Bina produk untuk orang guna / pakai / mahu / perlu , bukan ikut yang kita suka.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masih belajar lagi.

(Visited 573 times, 1 visits today)