5 Perbuatan Menghancurkan Semangat

Ada 5 perbuatan akan hancurkan semangat dan motivasi kalian seharian. Hal ini adalah benda yang kita sering sebut, sering fikir dan sering buat kepada diri sendiri.

1. Membandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa rasa orang lain lebih dan kita dihantui kenapa aku tak boleh.
 

– cara terbaik atasi ialah tukar cara berfikir. Terus cakap kepada diri sendiri “syukur alhamdulillah, hidup sekarang pun bagus dan baik. Akan cuba lebih baik lagi untuk hal akan datang.”

2. Mengutuk kelemahan diri sendiri dengan kata “saya tak kreatif, saya tak pandai, saya tak reti, saya lembab, saya tak berguna dan sebagainya.”

– cara terbaik nak atasi ialah sebut “benda ini saya boleh belajar. Orang yang berusaha pasti Allah bantu.

3. Berkawan dengan orang yang sering bercerita kelemahan, kesusahan dan tiada motivasi. Akan sebabkan kita sering sukar nak dapat jawapan positif dan solusi.
 
– elakkan berjumpa, buang terus pun tak apa. Abaikan, utamakan mereka yang boleh bersembang idea, kesungguhan bekerja dan banyaknya hal tentang mencantikkan hubungan dengan Allah.
 
4. Tak ada matlamat harian. Iya kita mungkin ada cita-cita tahunan, azam dan harapan, namun setiap hari kena letakkan juga nak berbuat apa. Jadikan ia sebuah kejayaan kecil.
 
– pagi ini nak joging, sekejap lagi mahu ke pasar, tengah hari nanti nak masak sekian sekian. Petang nanti sales dah RM2,000. Letak matlamat dan usahakan.
 
5. Tak boleh lawan gangguan. Nampak tv tonton, sentiasa pegang telefon dan sebagainya.
 
– letakkan had berapa lama nak guna, berapa lama nak tengok FB, Insta, Netflix. Ia kembali ke nombor 4, jika dah ada matlamat, semua gangguan akan terhapus.
 
*****
 
Kawan-kawan,
 
Saya sering ulang, kita yang boleh kawal diri kita. Bukan penceramah motivasi, bukan orang lain, kita dah dengar, kita dah baca, kita dah tonton, maka kita yang kena bangkit berubah.
 
Sudah-sudahlah sebut sebab orang motivasi kita hancur, sebab mulut orang kita down, kita yang kena atasi perkara tersebut.
 
Lawan dengan usaha berterusan, kita akan menang.
 
Bismillah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Mula pagi ini jom!
(Visited 1,262 times, 1 visits today)