5 Perkara Founder Bisnes Patut Buat

Yang patut founder bisnes buat di media sosial ialah:
 
1. Susun content mengikut positioning diri.
2. Susun iklan untuk buat sales dan cari ejen / distributor.
3. Bangunkan content membina untuk dibaca dan memberi manfaat kepada orang lain.
4. Founder patut mahir dari sudut menulis hal inspirasi dan pelajaran bermakna buat audien.
5. Sesekali up tentang kehidupan seharian, ia akan menambah percaya kewujudan sebenar empunya diri.
 
Yang tak patut dibuat ialah:
 
1. Sibuknya menjaja kesilapan ejen.
2. Lekas marah apabila disoal dan ditanya. Peneraju bisnes, jiwanya lebih tenang menghadapi berbagai soalan di media sosial.
3. Menggunakan media sosial untuk bantai produk orang lain terutama pesaing.
4. Beriya-iya tunjuk kekayaan.
5. Tidak menjaga bahasa semasa menulis di media sosial.
Kalian adalah founder dan jadilah founder yang ada jiwa bisnes yang besar. Diri kalian menjadi cermin kepada apa yang kalian kerjakan.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Perhati sahaja.
(Visited 336 times, 1 visits today)