
Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting.
Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting yang orang suka, yang orang apabila baca, dia boleh buat terus dan posting yang beri impak positif, lalu ianya berjaya dapat 100 orang pengikut (#follower) pada setiap 1 posting, maka:
1,825 x 30% = 547.5 posting.
547.5 x 100 follower = 54,750 pengikut kita dapat setahun.
Asasnya ialah menulis dengan konsisten. Dapat 1-2 kali viral, ramai orang share, kemudian terus nak lompat ke 100,000 follower, akan jadikan kalian penat.
Hanya bermain dengan #Content. Relaks dan seperti kata orang putih “go with the flow”. Susun semuanya dengan baik, akan dapat hasil yang baik juga.
Fokus dengan apa yang kita dah pilih untuk naikkan posting, kemudian konsisten dan sabarlah melihat jumlah pengikut naik perlahan-lahan. Nak cepat-cepat, nak pergi mana kak oi.
Lagi 70% posting, esok kita sembang.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Fokus + Konsisten + Sabar = 230,000 follower setakat ini.