Untuk tahun 2019, dunia Content Marketing masih menjurus kepada penulisan cerita yang mempunyai elemen emosi. Ia boleh dimuat naik melalui apa sahaja platform, Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Kontakte, Sweebee, Flikr, Tumblr, Youtube dan sebagainya.
Sama ada kalian nak ia dalam bentuk teks, video atau bergambar, ia terpulang kepada kreativiti kalian. Semuanya boleh.
Pada penghujung 2018, Facebook mengatakan:
1. Content yang dimuat naik melalui video pendek (kurang 1 minit) adalah 10 kali lebih baik dari gambar statik dan teks yang melebihi 15 perenggan. Namun jika tidak selesa, penggunaan teks dan gambar masih ada peminatnya.
2. Content di media sosial bermaksud Fakta yang beremosi.
3. Enggagement bermaksud like dan komen. Ia tidak menambah follower.
4. Hanya fungsi Share akan menambah follower.
5. Tahun 2019 adalah tahun kematangan menggunakan media sosial. Orang menjual dan membeli pun mesti menggunakan content.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Masih Content Creator.