5 Tips Hadapi Kritikan

Semua tulisan dan karya boleh dibantai, diburuk-burukkan, dikritik, dibalun serta dilayan seperti sampah.
 
Itu normal.
 
Jadi kawan-kawan, relaks dan bertenang sahaja. Cukuplah print screen dan mesej. Penat juga nak balas aku ok aku ok aku ok.
 
Kahkah.
 
Apabila kalian sudah putuskan nak masuk ke gelanggang media sosial, memang ya kalian perlu tanam terus dalam kepala yang karya (atau tulisan) kalian layak diperbahas atau layak diangkat sebagai medium ilmu.
 
Kena ok. Kena tenang. Kena relaks. Tak payah bergaduh dan melenting. Untuk karya seterusnya:
 
1. Baiki kesilapan. Teruskan menulis perkara yang lebih baik lagi.
2. Tidak down. Kalau nak down pun, sejam dua cukup. Pergi tidur dan bangun menulis lagi.
3. Letak dalam kepala akan ada orang suka, akan ada orang tak suka dan akan ada orang benci. 3-3 kumpulan ini akan saling bertukar sesama sendiri. Itu juga normal.
4. Kita manusia. Tuhan beri kelonggaran yang semua kesilapan besar atau kecil boleh diperbaiki.
5. Bab kena hina. Diam sahaja. Masa akan merawat. Bertempur tak pernah berbaloi untuk persahabatan. Ketap gigi sahaja. Sabar itu tak ada di semua orang. Namun belajarlah untuk ada pada setiap masa.
 
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Masih belajar menulis dengan baik.
(Visited 283 times, 1 visits today)