8 Tabiat Orang Hebat

Jika kalian sedang buat sesuatu bisnes tak kiralah part time atau dah full time dan nak ia jadi sebuah kejayaan, maka kalian kena jadi orang hebat dulu. Ini tabiat mereka:

1. Buang terus perkara tak penting. Bercakap bila perlu, mendengar yang bagus sahaja dan berbuat 1-1 hal semuanya hal penting sahaja.

2. Kerja 80/20. 20% itu adalah perancangan, 80% ialah implementation. Jika sebaliknya, banyaklah sembang dari buat kerja.

3. Rehat 45/15. Ambil rehat 15 minit setiap 45 minit kerja. Bangun, berjalan, senaman ringkas dan berehat. Ia akan membantu menguatkan otak, cergaskan minda dalam berbuat sesuatu.

4. Set timeline dalam 1-1 kerja. Bila nak start, bila ia perlu disiapkan. Barulah semua kerja tersusun.

5. Buang atau ketepikan segala benda yang mengganggu kerja. Ia sangat penting untuk fokus mencapai kejayaan. Terutama bab cakap-cakap orang, fikir sangat apa yang orang fikir, semua itu lantakkan.

6. Bina ruang kerja sendiri yang selesa. Ia mesti kita sendiri yang putuskan bagaimana. Nak regangkan kaki, nak lapangkan meja, suka hati kau. Ia akan membantu kau menjana idea, berbuat kerja dengan lebih laju.

7. Menjaga setiap minit, setiap saat, setiap detik. Ingat ini, Masa = duit. Tak suka buang masa itu adalah perkara yang sangat betul.

8. Mengutamakan Allah dalam setiap masa. Tahu dan faham yang rezeki itu dari Tuhan, jadi berharap pada sebanyaknya kebaikan atas usaha dan ikhlas dalam berbuat sesuatu.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,

(Visited 1,602 times, 1 visits today)