Resepi Brownies Walnut

Resepi brownies Walnut ni abang pernah share tiga tahun lepas. Kali terakhir abang check dah ada 1.7k shares. Tapi hari ni abang nak share lagi sekali supaya senang kau orang tak perlu scroll jauh-jauh.

Ada lebih kurang dua bulan lagi sebelum raya Aidil Adha, haa boleh la kau praktis buat brownies ni untuk hari Raya nanti. Ayuh kita masak!

Brownies Walnut ByKHM. Cewah.

250gm Dark Choc Compound
80gm Milk Choc Compound
250gm butter
180gm tepung gandum
250gm gula halus
80gm serbuk koko
1/2 cawan walnut
4 biji telur gred A. 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya kau tengok gambar.

#resepiKHM

1. Guna penimbang dapur. Abang punya jenama camry. Kau kalau anak ramai, letak penimbang ini tinggi sikit. Biasanya bebudak buat timbang diri dia.

2. Ini dark compond. Jenama Berryls. Bukan cooking chocolate. Kau google perbezaannya. Kau boleh sahaja guna jenama lain.

3. Ini pula milk chocolate compound. Kena ingat, ini bukan white chocolate. Ini pun jenama berryls. Kau nak guna jenama apapun boleh.

4. Lepas itu kau guna teknik double boil. Atau orang panggil sebagai bain marie. Cairkan butter dengan milk choc dan dark choc. 
Chocolate compond ni ada jual dalam bentuk coin dan bar. Mana-mana sama.

5. Kau sedia siap-siap plastik dengan besen. Buat tong sampah. Buh atas meja. Tak bersepah kau punya dapur.

6. Dalam bekas lain. Kau masukkan gula, telur semua sekali dan esen vanilla. Pukul sampai berkrim. Berkrim tu bila gula dia hancur sepenuhnya.

7. Ha macam ini. Senang kemain bekas sampahnya.

8. Dah berkrim kau letak tepi kejap.

9. Timbang siap-siap tepung gandum, koko powder dan campur terus baking powder.

10. Bila coklat dah cair. Kau tutup api. Kacau2 juga.

11. Masukkan coklat tadi terus. Tak payah tunggu sejuk.

12. Kemudian kau kacau dia guna whisk tu sampai dia berat dan likat. Selagi belum berat, maksudnya belum sebati.

13. Kemudian ambil gambar walnut lawa-lawa. Mahal benar dia ni.

14. Cincang kasar. Kalau guna walnut, tak payah bakar dulu pun tak apa. Dah memang rangup. Nak bakar pun boleh. Abang tak bakar.

15. Gaul dengan tepung tadi walnut tu dan humban sahaja ke dalam coklat yang dah likat tadi.

16. Kali ini kau kena guna spatula. Jangan guna whisk lagi. Kau kena kaup dari bawah ke atas. Kenapa? Kau google.

17. Dah likat lawa, siapkan loyang.

18. Abang guna loyang 8 x 8, boleh dapat 2 loyang adunan ini. Buh separuh sahaja. Nanti dia naik sekali ganda. Taburlah sikit walnut tu belah atas. Kasi lawa. Dont worry, ia tak tenggelam. 

Kemudian kau bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan selama 16 minit dengan suhu 180′ selama 35 minit api atas bawah. Kipas nak pakai tak nak pakai kau punya suka.

19. Dah 35 minit kau keluarkan dan cucuk, kalau bersih, maksudnya dah masak. Masa ini dia belum berkedut. Kau tunggu dia sejuk.
Tadaaaa! Cantik tak? Senang sahaja, kan?

Selamat mencuba kawan-kawan! Jemput share sampai pengsan.

Allahu…

Raya belum habis lagi gais. Boleh hidang tetamu yang datang ke rumah kalian juga.

 

(Visited 3,998 times, 1 visits today)