Adab dalam penulisan

(12/12/2018)

Slm tn, sy ******.

Sy bertugs sebagai cw di sbuh sykt besar. Pgmln 4 thn 1bln. Gj skrg 1680. Sy dh bs bt kj kj mnls. Kl kj dgn tn, blh dpt x gj dlm 2500?

Sekian, wslm.

*******
0126******

<<<<>>>>

(Reply 19/12/2018)

Waalaikummussalam Cik ****** yang baik.

Terima kasih atas kesudian mahu bersama dengan syarikat kami.

Jujurnya dengan ejaan begitu, kami tidak boleh menawarkan apa-apa kerja yang melibatkan hal menulis.

Semoga cik dapat mengubah diri kepada disiplin menulis dengan ejaan yang betul dan sempurna.

Terima kasih.

KHM.

<<<<>>>>

(Reply 20/12/2018).

Smbg!! Mcmlah kt ni bdh sgt! Knnp nk serius sgt ha? Sy ad degre la! Psl mengeja pn nk bkira! Porah! Pg mtilaah!

***********

Kesimpulan saya hari ini ialah,

Yang tak mengeja dengan betul entah-entah ada masalah mental atau masalah moral atau memang problem bab akhlak.

Sorry semua. Tiba-tiba jadi judgemental pula. Haha.

Haih. Dunia pancaroba betul. Malas dah aku jawab email lepas ini. Rahmah, settlekan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Smbg itu sombong ke sembang ha?

(Visited 835 times, 1 visits today)