Adab Dan Hormat Perlu Didahulukan

Apa sahaja bentuk komunikasi, adab dan hormat perlu didahulukan.

Untuk menulis Tuhan, T mesti huruf besar.
Untuk menulis Allah, A mesti huruf besar.
Untuk menulis Rasul dan Nabi, awal nama mesti huruf besar. Contohnya Nabi Muhammad (selawat).

Untuk menulis nama orang, awalan perkataan mesti huruf besar, contohnya Puan Ainon Mohd, Mutalib Uthman, Siti Nurhaliza, Ali Kokdiang. Tidak kira ia nama besar atau nama kecil, huruf besar di awal perkataan itu mesti.

Itu tanda kita hormat.

(Visited 522 times, 1 visits today)