Fokus hari ini:
1. Jika semasa keluar dari rumah tertinggal barang, bertenang, tarik nafas dan senyum, Allah sengaja nak minta kita masuk semula, keluar semula dengan lebih energy dan semangat.
2. Dah dalam perjalanan, ada pula kereta atau motor main sailang atau tak guna signal, senyum sahaja dan cakap kepada diri “aku takkan buat begitu.”
3. Sampai tempat kerja, tak ada parking pula. Bertenang dan cari. Jumpa pula jauh ya amat, terus tenang dan positif mesti Allah nak suruh kita sihat berjalan sikit pepagi begini.
4. Dah sampai di meja kerja, sarapan pula tertinggal dalam kereta. Kuang kuang kuang. Tenang, pergi ambil jalan lenggang kangkung dan zikir Lailahaillallah sebanyak-banyaknya!
5. Dah duduk di tempat kerja semula, baca doa dan mula kerja.
Ini senarai contoh sahaja kawan-kawan. Kita ini suka nak setkan dalam kepala nak positif, namun Allah bergurau dengan kita dengan beri banyaknya ujian comel-comel.
Nak tengok kita kalis tak dengan apa yang kita set tadi.
Tenang gais, semua Allah beri. Seronok apabila kita dah diberi ujian atas apa yang kita kerjakan. Kita dapat rasa “sentuhan” Allah itu kepada kita.
Cubalah setiap hari, dalam tempoh 24 jam, bercakap, berfikir dan berbuat perkara positif, lihatlah apa yang Allah uji, hadap hemah-hemah dan dah balik ke rumah tengok diri kalian, apa yang dah berubah.
Ubah perasaan nak marah, lekas naik hangin kepada perasaan yang mendoakan diri dan orang lain.
Serius best! Kalian akan alami kebahagiaan dan kedamaian hati!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Positif! Bismillah.
(Visited 473 times, 1 visits today)