Allah Tidak Menguji Hambanya Yang Tidak Mampu

Jika kita dalam kesulitan, ingat 2 perkara ini:
 
1. “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu,
 
Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)
 
2. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
 
*****
 
Dengan kata mudahnya, kita dalam kesusahan, kegusaran, kegelisahan, kesukaran, istighfarlah sebanyak-banyaknya.
 
Bangun pagi, selepas setiap solat, semasa pergi kerja (tutup radio semua), sampai di tempat kerja, dah duduk di kerusi, mula kerja, balik kerja, masuk rumah, sebelum tidur, semuanya kita beristighfar.
 
Akan ada jalan keluar, akan ada rezeki yang mencurah. Itu janji Allah.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Istighfar.
(Visited 32 times, 1 visits today)