Anak Kita, Kita Yang Kena Kawal

Antara benda yang best memberi anak membaca ini ialah apabila dia bertanya kita apa yang dia baca. Ia berbeza dengan memberi mereka tab atau telefon yang mana mereka enjoy melihat satu-satu scene cerita atau game tanpa berinteraksi dengan kita.
Kami suami isteri ada masalah yang sama sahaja seperti kalian. Anak saya juga sangat sukakan tab atau telefon. Namun kami buat seperti ini:
1. Hanya boleh digunakan pada hari jumaat bermula 6.00 petang sehingga hari ahad jam 5.00 petang.
2. Maksima penggunaan setiap kali ialah 2 jam sahaja.
3. Kemudian jika mahu sambung, mesti membaca sekurang-kurangnya 3 buku / komik / majalah.
4. Buku kanak-kanak biasanya hanya ada sekitar 20 muka surat bergambar. 3 buku memadai.
5. Untuk dapat tab, mereka kena tanya soalan apa yang mereka baca. Ini sangat bagus untuk beri mereka berfikir dan menguatkan kecergasan otak.
6. Hari isnin hingga jumaat, belajar, bermain dan enjoy bersama kawan-kawan di sekolah dan sepupu di rumah TokWan.
7. Apabila anak bertanya, dia akan mula berbual. Momen paling best ialah semasa menghantar beliau ke sekolah. Waktu pagi adalah masa yang sangat baik bersembang tentang hal ilmu yang dia baca.
8. Biasanya soalan kecil seperti “kenapa harimau berbelang dan singa tak?” Dan sebagai ibu bapa kena jawab dengan betul seperti “harimau duduk dalam hutan, dia berbelang sebab senang nak menyorok dan tangkap rusa. Singa duduk di tanah yang tak banyak pokok, dia boleh kejar lari kuat-kuat.”
9. Jawab dengan jawapan yang masih memberi dia berfikir. Maka dia akan dapat isi kekosongan minda dia dengan baik.
10. Anak yang bersembang, bercakap, berinteraksi dengan ibu bapa, biasanya lebih hebat berfikir dan dia faham mana betul mana salah dengan laju. Ini antara benda yang best apabila dia membesar nanti.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Anak kita, kita yang kena kawal.
(Visited 364 times, 1 visits today)