Apabila Kau Jadi Orang Bisnes

Apabila kau jadi orang bisnes, elakkan bercerita yang kau sekarang:

1. Terlalu sibuk dengan job yang kau sedang dapat. Nanti akan sebabkan job lain yang patut kau dapat teralih kepada orang lain yang relaks di Facebook namun dia juga sibuk seperti kau.

2. Duk dapat banyak order, kemudian kau up di Facebook sekarang kau nak tumpu kepada order-order yang kau dapat. Audien akan beranggapan jika order dengan kau, lambat sampai. Jadi depa lebih sanggup order dengan orang lain yang sibuk seperti kau namun dia tak sembang pun di Facebooknya.

Hati-hati guys. Sibuk dan kecoh kita sekarang ini, elok kita semua guna teori itik berenang.

Nampak relaks je itik itu bergerak atas air. Namun kau tak tahu yang payahnya kaki dia mengayuh di bawah permukaan air tersebut.

Cuba kau tengok wajah itik itu, ada dia beriya nak bising yang dia susah mengayuh? Tak. Dia kool sahaja. Namun dia buat kerja dan berusaha sampai ke destinasi yang dia nak tuju.

Begitulah.

Wahai kawan-kawan yang aku sayang, ketahuilah sibuk kita itu elok kita simpan. Kita sembang sesama kita sahaja. Supaya masing-masing kita ini alert kita semua sedang sibuk dan terus berkawan macam biasa. Namun kita tak payah up di media sosial.

Kita up yang kita ada kehidupan bisnes relaks-relaks namun sibuk bikin wang dan bantu orang diam-diam!

Khairul Hakimin Muhammad,
Muah.

(Visited 1,416 times, 1 visits today)