Punyalah ramai tanya macam mana nak masak asam pedas. Kan boleh google ja. Aduhlah. Kalau gedik itu sampai, kau memang, laki orang pun kau mesej. Ya Tuhan.
Ini resipi asam pedas ikan tenggiri. Aku tak nak claim dari negeri mana, tak larat aku karang nenek kau semua masuk campur dia masak lagi sedap. Kahkah.
Asam Pedas Ikan Tenggiri.
Bahan-bahannya ialah:
~ 5-7 potong ikan tenggiri siap kepala,
~ 5-7 biji sayur kacang bendi,
~ Segenggam cili padi,**
~ 10 biji cili merah,**
~ 3 inci kunyit hidup,**
~ 2 ulas bawang merah India,**
~ Sesenduk cili kering kisar,
~ 1 inci belacan,**
~ 2 kuntum bunga kantan,
~ 2 ikat daun kesum,
~ 3-5 sudu besar asam jawa,
~ 3-5 cawan air.
~ 2 sudu besar gula,
~ 1 sudu kecil garam,
Cara-caranya kita tengok dalam gambar ya.
Kisar semua bahan yang bertanda ** dengan 1/2 cawan minyak masak. Sampai betul-betul lumat.
Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar tadi.
Dia dah mula pecah minyak, masukkan cili kering kisar pula dengan bergaya.
Dah elok menggelegak, minyak pun dah pecah, kau masukkan air asam. Kau bilas ja 2-3 kali, guna asam jawa yang berbiji itu lagi sedap katanya.
Kemudian, masukkan bendi yang sudah dibersihkan.
Kasi karate sama itu bunga kantan, masukkan juga.
Masukkan daun kesum, daunnya sahaja. Batang tak payah, ini bukan kangkung. Aku luku kau nanti.
Sesudah itu, biarkan dia menggelegak.
Dah elok menggelegak, masukkan ikan. Eloknya kau susun ikan tersebut. Sebabnya kau tak boleh kacau beriya, nanti dia hancur.
Biarkan dia pecah minyak dan menggelegak sekali lagi. Masukkan gula dan garam. Rasa betul-betul cukup tak masam pedasnya itu, baru tutup api.
Tadaaa! Dah pun berminyak atasnya. Bolehlah tutup api.
Tadaaaa!
Selamat mencuba ya!