Asam Pedas Sedap!

Itu hari balik sahaja dari Johor Bahru, terus bertanya kepada emak mentua tentang kenapa ada rasa rempah dalam masakan asam pedas yang kami makan di sana.

Emak mentua pun cerita yang memang ada orang letak sedikit rempah kari ikan untuk menambah rasa. Ya sungguh, memang sedap.

Semalam, balik sahaja personal coaching, isteri terus kata ada beli ikan siakap dan barang-barang nak masak asam pedas. Ok yang, abang sentiasa faham maksud ayang. Kahkahkah. Ayang sangat.

Baiklah. Mari ke dapur.

Asam Pedas Sedap (resipi saya. Kau kata bukan cara Johor, bukan cara Melaka, bukab cara Negeri Sembilan, itu kau punya hal).

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 ekor ikan siakap,

 ~ 5 biji cili merah,

 ~ 5-7 biji cili padi,

 ~ 3 sudu besar cili kisar,

 ~ 1 inci belacan bakar,

 ~ 2 inci kunyit hidup,

 ~ 3 biji bawang besar,

 ~ 1/2 cawan minyak masak (untuk kisar),

 ~ 1 sudu kecil lada hitam,

 ~ 3 sudu besar asam jawa + 1 cawan air,

 ~ 2 ikat daun kesum,

 ~ 1 kuntum bunga kantan,

 ~ 1 sudu kecil rempah kari ikan,

 ~ Sedikit air,

 ~ Garam secukup rasa.

Cara-caranya kau tengok di dalam gambar ya.

Potong bawang, kunyit hidup, susun cili dan ambil gambar. Kahkah.

 

Kemudian kau masukkan cili merah, cili kisar, belacan, lada hitam, bawang besar, kunyit hidup, cili padi dan minyak masak. Kisar sampai halus.

 

Ha macam ini.

 

Kemudian letak sedikit minyak di dalam kuali dan buka api.

 

Masukkan bahan kisar tadi. Kacau guna tangan kanan.

 

Lepas itu kau boleh ja nak guna asam jawa yang kau kena gaul dengan air itu, atau pes asam jawa. 2-2 sama ja kau cairkan dengan 1 cawan air.

 

Apabila bahan kisar dah pecah minyak, kau masukkan air asam jawa.

 

Dah lawa, kau tabur serbuk kari. Kacau lagi.

 

Kemudian kau masukkan bunga kantan. Potong dulu. Kau masuk seketul begitu memang kena luku lah kau.

 

Kemudian masukkan daun kesum yang dah layu. Hangin aku.

 

Kacau rata dan jika terlalu pekat, masukkan sedikit air lagi.

 

Susun ikan. Dan tak payah kacau kuat-kuat. Nanti ikan hancur.

 

Dah mendidih dan ikan pun dah masak, kau rasa guna tangan kanan dan ucaplah bismillah.

 

Kalau masih tak cukup masin dan masam, kau tambahlah apa yang patut.

 

Tutup api dan siap! Selamat mencuba dan selamat makan tengah hari kawan-kawan!

 

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 1,679 times, 1 visits today)