Bagaimana Nak Keluar Dari Zon Selesa

Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Caranya begini:

1. Bina hobi baru. Ya hobi, minat, kesukaan semuanya boleh dipupuk. Jika selama ini suka main game di rumah, cuba beli basikal dan ajak kawan sertai bersama. Akan terbina hobi baru.
 
2. Sesekali kena cuba menjadi sukarelawan di mana-mana. Cari, google, usaha. Pasti jumpa. Dapat pakai baju mereka dan buat kerja amal adalah sebuah usaha melihat orang lain yang dalam sengsara dan perlu dibantu.
 
3. Cuba besarkan jiwa. Banyak mendengar dan mengamati sesiapa yang sedang bercakap. Kebanyakan orang yang dalam zon selesa “pantang” mendengar cakap orang, dia sahaja yang nak cakap cakap cakap cakap.
 
4. Travel ke tempat yang kita tak suka, atau takut. Walau sekarang tak boleh ke luar negara. Pilih tempat yang kita tak gemar dalam negara. Contohnya kita jenis suka pantai, tak suka suasana hutan atau kampung. Tapi lawan diri dengan pergi ke Janda Baik atau tempat best yang lain. Sahih akan belajar sesuatu.
 
5. Ubah rutin harian. Kalau dah terbiasa bangun jam 6. Cuba bangun jam 5. Kalau terbiasa balik awal nak main game, cuba balik lambat dengan joging dahulu.
 
*****
 
Zon selesa akan jadi penyakit dalam diri kalian. Jadi malas, jadi tak kisah dan tak peduli kehidupan di masa hadapan.
 
Hutang bertambah, selalu runsing dan sering rasa semua masalah takkan selesai. Sedangkan bersepah banyak hal ada solusinya.
 
Untuk itu, minda kena cergas. Nak cergas, kena ubah segalanya. Mula esok okeh! 1hb insya-Allah.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit gais!
(Visited 804 times, 56 visits today)