Jadual saya setiap hari (berubah jika ada mesyuarat atau dipanggil menteri dan sebagainya).
Saya bahagikan hidup saya kepada beberapa bahagian:
Bahagian Peribadi (untuk kuatkan jiwa dan minda).
4.30am – bangun, bersihkan diri.
4.45am – urusan peribadi.
5.15am – membaca dan menulis sampai subuh. Biasanya membaca 80%, menulis 20%.
6.00am – subuh (atau ikut waktu subuh).
6.15am – tulis checklist hari tersebut. Tulis kesyukuran hari semalam (lepas baca checklist semalam pasti banyak kesyukuran dipanjatkan).
6.45am – senaman ringkas.
7.15am – sarapan (kalau tak berpuasa. Kalau puasa, sahur dalam 5.15am tu).
7.20am – telefon emak abah di kampung.
Bahagian ke-2, Kerja (Set Up Team Mindset).
7.30am – saya akan mula hantar mesej ke team.
8.15am – breakfast meeting dan terus pergi kerja.
6.00pm – biasanya balik, kalau tak balik sambung kerja.
Bahagian ke-3, Keluarga.
8.00pm – tengok anak isteri. Lepak.
9.00pm – duduk tengok kerja semula. Membaca / menulis. Biasanya anak isteri duk kat sebelah atau dalam bilik yang sama. Haha.
10.00pm – live atau zoom dengan DS.
11.00pm – membaca.
Bahagian ke-4, Rehat berkualiti.
11.15pm atau 11.30pm berusaha untuk tidur.
Kalau terbangun malam, saya akan setkan sekitar 30 minit sahaja untuk berbuat apa-apa, kemudian tidur semula.
Biasanya deep sleep alhamdulillah dan tak penat walau kiraan jam tidur tak berapa cukup.
Ada masa saya terpaksa ikuti kelas dari luar negara dalam 2-3 jam (sekitar 12 malam hingga 3am) ikut waktu negara tersebut. Dan kemudian baru tidur.
*****
Harap menjawab soalan semua bagaimana saya susun jadual.
Maaf belaka mana yang kurang. Semoga kalian dapat ikuti. Kita tak ada kuasa, Allah sahaja ada kuasa. Kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam.
Mind set kena kuat untuk berjaya. Minta dari Allah, Allah akan beri sesiapa yang berkehendak.
Bismillah!
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.
(Visited 1,026 times, 1 visits today)