Menulis Content positif setiap masa ini ada naik turunnya, lebih lagi apabila kalian diperli rakan baik atau sesiapa sahaja “takkan kita kena positif untuk semua benda.”
Jujurnya ia normal gais. Kena perli, kena sindir, semua itu benda biasa. Fokus sahaja tulis kebaikan, kalian akan dapat lebih lagi idea dan kepuasan.
Main dengan media sosial, hati kena kental, jiwa kena kebal. Jika kalian mudah tersentuh dengan kritikan dan hinaan orang, memang tak akan kemana.
Ada masa kita buat silap, maka kita belajar.
Ada masa kita betul, maka tak perlu sombong. Orang yang tulis benda positif, diri dia sendiri kena mula terisi dengan banyaknya kebaikan.
Kemudian, kasi kongsi. Ya kita manusia biasa sahaja. Yang di media sosial, kita jalan terus. Di realiti, kita handle baik-baik untuk hadap ujian emosi yang Allah beri.
Jangan pernah rasa diri kita baik, jangan pernah terfikir kita lebih mulia. Setiap apa yang Allah beri itu untuk repair diri kita, orang nak perli, itu hak dia.
Hak kita, tak perlu balas balik. Fokus kepada content yang kita dah susun dan bangunkan. Ada lagi ribuan orang mahu baca dari seorang dua yang melawan arus cakap itu cakap ini.
Ingat pesanan ini, “Orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia.” Maka baiki diri kita, itu yang boleh kita kawal, buat lebih baik lagi dan lagi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kekal positif.
(Visited 348 times, 1 visits today)