Baiki Diri

Nak jadi lebih baik, ambil perhatian hal ini:
 
1. Lihat diri sendiri berbanding orang lain.
 
– jika kita tak suka dengar perkara itu, tutup telinga.
– jika kita tak suka lihat, tutup mata.
– maka jangan pula kita burukkan mereka yang suka negatif kerana itu akan buat kita sama seperti mereka. Duk diam dan baiki diri sendiri sahaja.
 
2. Tengok kelemahan diri.
 
– circle positif perlu ada sifat rendah diri.
– kena sentiasa rasa nak baiki diri.
– kena sentiasa rasa selesa.
– jumpa untuk bincang, bukan suka-suka.
 
3. Apa yang kita fikir beri kesan apa yang kita buat. Apa yang kita buat beri kesan kepada orang lain.
– jika positif di situ, semua akan positif.
 
4. Kita takkan boleh kawal orang lain. Jika dah tegur, jika dah cuba beritahu, jika dah berusaha sangat cakap kita tak selesa itu tak selesa ini namun mereka masih sama, maka kita undur diri.
 
5. Jangan putuskan silaturrahim, hanya undur sedikit sahaja.
 
6. Jika orang negatif itu adalah keluarga, ibu ayah, tahan, hadap, banyakkan berdiam dari sibuknya melawan cakap. Ia akan mengeruhkan keadaan.
 
– hanya perlu fokus apa yang diusahakan.
– tunjuk result.
 
7. Sayangi diri dan semua orang. Cuma pilih dengan siapa nak bisnes, dengan siapa nak pergi makan, dengan siapa nak bincang masalah.
 
Kalau kita tak memilih, kita tak kisah, kita hanya peduli hati orang, percayalah kita takkan boleh hidup aman. Resah nak tidur, gelisah sana sini.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita yang banyak salah. Baiki diri dari sibuk tengok salah orang lain.
(Visited 1,265 times, 1 visits today)