Kami duduk semeja. Beliau pimpin ibunya duduk sekali. Saya mahu selfie, beliau menolak. Katanya cukuplah dapat berjumpa.
Ibu dan anak ini duk pm nak jumpa hanya kerana nak tengok gambar-gambar semasa saya ke Syria sewaktu itu. Saya hulurkan telefon dan mereka ralit melihat semua gambar-gambar tersebut.
Mereka berdua menjalani ibadah korban bersama kami, seorang RM1,000. Jadi dua orang, dua ekor kambing, RM2,000. Lebih dari itu memberi sumbangan RM300.
Mereka datang menaiki Proton Iswara lama arwah suami si ibu tadi. Duduk di Sepang dan tak adalah susah mana. Cuma anak lelakinya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di sekitar tersebut. Katanya mahu duduk dengan emak kerana emak tak berapa nak kuat.
Pagi pergi sekolah, tengah hari bergegas balik bawa makanan, petang dapat main bola dengan kawan-kawan. Malam bawa mak pergi surau. “Settle” katanya sambil senyum.
Saya tanya tak rasa mahal ke beli kambing dengan kami untuk buat korban? Emaknya yang terus jawab, “mahal murah itu hanya harga sahaja. Kami ada duit, kami bayar.”
Saya terus tanya, “makcik kerja apa sebelum ni, si Ahmad (bukan nama sebenar) ada buat part time ke, saya rasa RM1,000 tu agak besar nak jalankan ibadah korban.”
Dia senyum sahaja cakap,
“Tak besar pun. Makcik hari-hari masukkan RM2 dalam tabung surau. Dia ni bawa setiap malam. Tak pernah lagi putus makcik kasi ke surau.
Makcik rasa, setiap kali makcik beri, Makcik seronok. Makcik bahagia ja. Tak ada rasa ralat ke apa ke. Sebab makcik ada dengar ustaz cakap, sesiapa yang suka memberi, dia dapat tenaga tambahan. Dalam dunia ni banyak tenaga-tenaga yang kita tak tahu.
Ada dari pokok, ada dari awan, ada dari angin, jadi kalau nak dapat semua tu dari Allah, kena banyak memberi. Kita kena bagi bagi bagi supaya kita dapat hadiah yang itu dari Allah. Hadiah tu tak ramai perasan, itulah sebab Allah suruh kita bernafas, bukan saja-saja. Semua itu adalah tenaga tau (beliau tepuk bahu saya).
Nak jadi cerita, kami ni bukan ada duit sangat. Tapinya ada anak dari Pulau Pinang, kasi RM500 sebulan. Anak di Johor kasi RM150 sebulan.
Kadang-kadang entah siapa-siapa datang rumah, hulur kasi juga. Makcik simpanlah. Lepas tu dia ni tunjuk ke Khairul ni pergi Syria sana orang susah nak makan daging, makcik setuju jelah buat korban. Duit banyaaaaak.” Dia kemudian ketawa.
Saya terkejut dia sebut bab tenaga tersebut. Itu bukan kami pertama saya tahu tentang itu.
Selepas minum, kami berpisah di situ. Saya hulur dalam RM50 kepadanya. Dia kata, “haaaa bagi dia tenaga supersaiya Ya Allaaaah.” Astaghfirullah hal azim, saya duk istighfar. Hahahaha. Boleh tahan makcik yang ini tahu banyak benda.
Saya balik ke rumah dan duduk sendirian.
Benarlah. Kita selalu cakap,
“Banyak memberi, akan banyak juga Allah tambah rezeki.”
Di sebalik semua ini kita tak tahu apa benda lain yang ada di sekeliling kita. Yang jadikan kita sihat, kita kuat kerja, kita bersemangat dan terus nak berbuat.
Betul, saya jumpa ramai orang yang suka bersedekah, mereka ini cergas dan sentiasa nampak “charming”. Sekali tengok, memang jadi suka.
Rupanya ia tentang tenaga.
Bak kata pakar psikologi dari Itali, Luccio Ducati,
“Money is symbol of the life energy we give and the life energy we receive as a result of the service we provide to others. … When the act of giving is joyful, unconditional, from the heart, then the energy behind the giving increases many times over. But if we give grudgingly, there is no energy behind that giving.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah, benda baru.
(Visited 785 times, 1 visits today)