Banyak Perkara Tak Perlu Modal Sesen Pun

Hari ini:

Semua orang boleh jadi usahawan online (Lazada, Shoppee dan sebagainya).

Semua orang boleh jadi wartawan (FB, Twitter).

Semua orang boleh jadi pengarah filem (Youtube, IGTV).

Semua orang boleh jadi pemandu teksi (Grab).

Semua orang boleh jadi pemilik hotel (AirBnB).

Semua orang boleh jadi artis (TikTok).

Semua orang boleh belajar (Google, Wikipedia, Online class).

Dan banyak lagi. Kawan-kawan, kalau kalian ada akaun sosial media dan kalian berterusan cakap kalian susah, tak boleh hidup, sukar sana sukar sini, namun duk boleh tengok orang di Insta, tengok jiran di FB, jengok sepupu sepapat sana sini kemudian kecil hati, maka kalian sedang salah guna medan itu.

Hari ini, banyak perkara tak perlu modal sesen pun. Hanya sertai mana-mana team, jual secara dropship atau affiliate dan kalian makan komisen sahaja setiap bulan.

Nak berubah, usaha. Merungut takkan jadikan kalian bergerak dari tangga bawah ke atas.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Hampir semua laman media sosial adalah percuma. Gunakan ia untuk kebaikan.

(Visited 1,213 times, 1 visits today)