Waktu saya ambil degree dulu, saya buat kerja part time, katering.
Dalam banyak-banyak kerja yang perlu dilakukan, paling enjoi ialah semasa basuh pinggan mangkuk.
Setiap hari ada dalam sekitar 200-500 pcs pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu dan garfu. Biasanya Daud, kawan kami akan asingkan siap-siap.
Jika pagi ada 10 order, dan yang makan ada 25 orang. Jadi semua perkakas adalah 250 pcs.
Belum masuk tengah hari dan petang. Kami akan basuh semuanya pada petang tersebut beramai-ramai. Saya akan ambil bahagian yang duduk mengadap besen besar dan ada longkang di sebelahnya.
Pernah dulu sedang semua sunyi sepi melayan semua pinggan mangkuk tersebut, aku jerit “woihh ikan ikan!” Sambil tunjuk dalam longkang.
Berlarilah Kak Atie, Kak Dewi, Kak Mar (tukang – tukang masak) nak tengok ikan termasuk Shidi, Fadli, Daud semua. Kemudian semua maki hamun ke saya kerana ikan itu adalah tulang ikan yang dibawa kucing. Kahkahkah.
Dah habis belajar, saya dapat kerja dalam sebuah syarikat mega. Ada berbelas cawangan siap ada di Thailand, Indonesia dan India.
Saya duduk dalam dunia latihan dan pembangunan. Waktu makan, tengok tak cukup cawan bagai. Saya pun bangun pergi basuh satu-satu macam biasa.
Pernah ada seorang setiausaha bos marah ke saya cakap itu bukan kerja saya. Tak perlu buat lagi. Saya tak peduli, buat juga.
Lantaklah, janji semua orang dapat pinggan untuk makan.
Makan tahun jugalah duduk di pantry bab membasuh ini. Kahkah. Dont worry, tak pernah minta naik gaji okeh. Haha.
Kalau kau orang tanya kenapa?
Saya akan jawab sebab emak aku cakap “kerja mencuci ini benda yang boleh jadikan kau manusia.”
Jadi saya buat sahajalah. Betul, kau dah makan, banyak sisa kau buang. Dan nampaklah pinggan kau kotor.
Dan apabila pinggan itu bersih, tak ada siapa peduli siapa yang bersihkan. Janji ianya suci berkilat seperti biasa.
Prosesnya boleh jadi jijik. Boleh juga jadi kau tak peduli kerana biasa.
Cikgu aku cakap dulu:
“Rezeki ini datang dengan banyaknya cara. Salah satunya ialah dengan guna benda bersih, kemudian kerap-kerap dibersihkan.
Semua makhluk suka kebersihan, dan kita ini kena selalu bersih, selalu bersihkan diri, selalu juga pakai pakaian bersih dan kerap bersihkan semuanya.
Selalu-selalu apabila pulang ke kampung, berebutlah basuh pinggan yang banyak di singki, sama juga bab bersihkan rumah dan sebagainya.
Biasanya tukang-tukang cuci ini ada hati yang besar, mereka tahu setiap yang kotor itu ada peluang untuk dicuci.
Fikirnya sama, hati juga begitu.”
Kadang-kadang apabila duk ingat semula, memang ya senyum sendiri sahajalah.
Saya perhati, ramainya orang berjaya yang saya jumpa akan berusaha bersihkan meja dan susun semua pinggan sebelum bangun di kedai makan atau di mana-mana ruang makan hotel.
Mereka akan kutip mana yang tercicir tepi pinggan, tisu / kain akan diletakkan baik-baik dan semestinya semua piring, sudu dan pinggan yang mereka tinggal juga dalam keadaan baik walau pekerja tetap kerap datang untuk kutip selepas makan.
Benda ini nampak kecil sahaja. Namun disebalik semua ini, entah-entah keberkatan yang kita tak nampak itu naik ke langit dan mencurah-curah kembali rezeki kepada kita semua.
Iya kawan, kena bersih. Barulah rezeki datang.
Cewah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bapa Pencuci Hati Kebangsaan. Kahkah.
(Visited 572 times, 1 visits today)