Beberapa tahun lepas aku ada tolong seorang adik ini. Dia belum dapat kerja. Aku pesan kepada dia yang dia perlu pakai baju kurung dan berkasut tutup semasa temuduga. Nasihat bukan main lagi supaya dia senang diterima.
Tup tup esoknya kawan aku yang jaga interview beritahu yang beliau tidak diterima kerana faktor pemakaian. Pakai seluar.
Aku jadi terdiam. Malu pun ada dengan kawan sendiri. Aku tanya Minah ini semula kenapa tak buat apa yang aku nasihat.
Susah. Dia ada jawapan dia sendiri. Kepala dia sendiri.
Sekarang, apabila dia minta tolong aku jadi sukar dah. Aku risau dimalukan lagi.
Tak semua syarikat buat perkara begini, memang ada. Terutama yang islamik jaga sungguh dari aspek pemakaian, mereka ini pentingkan sikap dari sijil. Jadi jika nak masuk ke kandang begitu, ikut nasihat.
Kita nak masuk tempat orang, kena ikut. Bukan tunjuk hebat. Apabila kena tolak, kau bengang. Tuduh orang macam-macam. Sedangkan kau sendiri yang buat keputusan itu.
Sekarang, asal tegur sahaja kau tuduh orang benci kau. Sedangkan kau patut bersyukur yang teguran itu merupakan anugerah buat kau.
Masih ada yang boleh tegur. Bukan sampai Tuhan sendiri bantai kau dengan bencana yang bukan-bukan.
Hidup ini sekali sahaja. Kadang-kadang kena fikir juga kenapa susah benar terima rezeki sini sana.
Asasnya ialah sikap. Budak-budak sekarang bukan main lagi nak gebang besarnya diri itu. Ada ijazah luar negara. Ada pengalaman hebat di hujung dunia.
Namun, kena tahu juga, jika sikap ini dibawa ke tempat orang, tak payah haraplah orang akan suka. Benci lagi ada.
Jika kau ok, orang akan suka. Sekelilingnya.
Malah Tuhan pun akan bermurah dengan segala yang ada di sisi kita. Termasuk angin yang rajin datang masa panas. Hujan yang turun tika terik. Dan termasuk datangnya kasih sayang emak sendiri dalam bentuk doa dan harapan.
Sombong dan ego ini tak bawa kita kemana-mana. Setakat dalam kepala kemudiannya akan bawa ke marah-marah yang tidak bertempat.
Selagi hidup, masih bernafas, ubah.
Dan lihatlah betapa Tuhan juga mencampakkan rasa bahagia yang ada dalam jiwa. Terus sahaja berjangkit sesama kita. Lalu berbaik.
Belajar merendah diri, terima teguran. Benarkan semuanya masuk ke kepala dan hati.
Kau akan senyum dan hadapi semuanya. Lalu kau telan dan jadi manusia cemerlang.
Ingat kawan, orang yang hebat ialah orang yang hadap dengan ujian dan teguran. Bukan lari dan teriak hujung katil atas sebab sikap kau sendiri.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tak sebaik kalian.
(Visited 600 times, 1 visits today)