Sehingga hari ini saya masih lagi ketakutan apabila terserempak dengan mereka yang ketawakan saya dulu-dulu, awal saya mula fokus menulis di media sosial.
Hari ini jadi lagi. Tangan saya jadi menggeletar. Bercakap pun tak ok, jawab pun macam orang tak yakin.
Sungguhlah, kita dah lama lupakan, namun apabila mereka ini muncul, ingatan itu datang semula, lalu saya bimbang sangat saya jadi sombong dan mengelak seperti mana mereka pernah lakukan kepada saya beberapa tahun lalu.
Dulu, saya mendampingi mereka. Nak belajar, nak tahu bagaimana mereka lakukan itu ini sampai mereka dapat buat duit juga begitu begini.
Namun waktu itu saya tak ada pengikut. Berapa ratus sahaja. Dan apabila saya nak join mereka ini yang sudah beribu follower, mereka akan ketawakan, sampai ke tahap cakap terang saya tak payah sertai mereka.
Hari ini terserempak, kita selfie. Kita solat sama-sama, berjumpa dalam toilet kemudian beratur ambil wuduk pun sama-sama.
Entahlah. Tuhan sengaja agaknya. Nak tengok si Khairul ini balas ke tidak perbuatan mereka. Huhuhu. Ikut hati memang ya, tak mahu tengok muka mereka lagi.
Namun apabila mereka cakap bisnes mereka dah tak macam dulu, sudah mati kutu dengan algorithm sosial media, maka selepas beberapa jam saya duk fikir, saya nak tolong mereka.
Biarlah orang nak kata apa. Kita pernah kena baling dengan batu dulu, mereka yang buat, waktu itu kepala kita berdarah. Hari ini mereka datang kepada kita. Yang bestnya mereka lupa apa mereka buat.
Huhuhu rasanya the best revenge ialah berbuat baik dengan depa, layan depa, dan bantu habis daya. Sampai mereka berjaya. Biar mereka tahu kita ini tak sama dengan kau orang. Tak, takkan sama sampai bila-bila.
Kan?
Khairul Hakimin Muhammad.