Bagaimana berhadapan dengan mereka yang tidak sukakan kita di media sosial?
1. Tak perlu lihat apa yang dia tulis tentang kita. Jika ada yang sampaikan, beritahu orang itu untuk berhenti berbuat begitu.
2. Jika dia komen menyakitkan hati. Diamkan sahaja. Jika perlu balas, balaslah dengan sebaiknya. Jika tak, kalian sama sahaja dengan dia.
3. Sekiranya dia masih mengganggu, block sahaja.
Ingat, Facebook ini medan membina komuniti positif. Kita tak akan dapat notifikasi jika ada orang unfriend, unfollow atau block kita kerana itu adalah punca kepada banyaknya masam muka dan bersedih gelisah yang membawa kepada permusuhan.
Yang kita dapat ialah apabila ada orang komen, orang tag dah sebagainya. Itu semua perkara kebaikan.
Namun jika hal kebaikan itu juga membawa keburukan, maka halang ia terus.
Nak bermain media sosial menggunakan #content, hati kena kental. Apabila kita beri umpan, bukan ikan, sotong dan udang sahaja yang datang, obor-obor yang menyengat juga hadir bertandang, kasi tendang sebelum dia menikam racun okeh.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang sahaja!
(Visited 73 times, 1 visits today)