Berjiwa Besar

Apa sahaja kedudukan kita sekarang, kena besarkan jiwa. Kena ada perasaan bersyukur atas apa yang ada sekarang. Kemudian berusaha untuk capai 1 lagi benda baru.
 
Maksud membesarkan jiwa itu ialah:
 
Jika sekarang suri rumah, income keluarga masih tak cukup, maka kita ada perasaan nak bantu keluarga.
 
Jika sekarang bekerja, namun masih tak cukup untuk bantu isteri dan keluarga, maka kena ada perasaan untuk tambah lagi pendapatan.
 
Ia adalah tentang bagaimana kita nak fikir nak capai 1 tangga baru dalam hidup.
Ada orang, dia biarkan hidup dia susah, dia lantakkan isteri bersedih, dia tak kisah tak bantu ibu ayah di kampung.
 
Yang dia tahu ialah dia merungut dia susah, dia kata tak jumpa jalan, apabila orang nasihat dia marah, dia kata kita tak faham dia. Gais, ini bukan orang jiwa besar.
Kita, tak boleh buat begitu. Kena ada perasaan nak bantu, nak hidup dan bahagia bersama semua. Orang jiwa besar dia cari jalan, dia berusaha sangat nak capai sesuatu. Dia tahu kesusahan itu akan jadi sementara jika dia berusaha belajar dan capai benda baru.
 
Dia juga tahu proses itu ambil masa. Dia sabar terpaksa keluar duit beli buku, ambil kelas, perlu bahagi masa jumpa orang dan sering bersibuk dengan perancangan dan perbincangan.
Dia tahu sekarang hanya suri rumah, tahun hadapan dia akan mula ada income sendiri. Dia tahu tahun ini dia kerja kilang, tahun hadapan dia ada kedai sendiri. Dia nak isteri dia begitu begini.
 
Semua itu adalah harapan, cita-cita dan impian orang ada jiwa besar.
 
Tanamkan diri kawan-kawan, tanya kepada diri sendiri bila kali terakhir kita berbangga dengan diri kita atas apa yang kita usaha. Tak perlu canang kepada orang lain, cakap kepada diri:
“Ya Allah, tak sangka hari ini kau beri aku sampai ke tahap ini, syukurnya Ya Allah.”
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat diri sendiri bangga! Bismillah.
(Visited 882 times, 1 visits today)