“Berkat Ini Datang Dari Rumah Kita Sendiri”

Saya duduk sekejap selepas solat, memang rasa nak rehat dan nak lelapkan mata. Elok ja bersandar di dinding, terus ada yang bersalam dan duduk. Pakcik Sahar.

Beliau duk kata yang beliau pun ikut apa yang saya tulis di Facebook. Follow sahaja katanya tengok budak-budak muda menulis. Haha. Terus segar tak jadi nak tidur.

Pakcik Sahar duk bercerita tentang anak-anaknya. Ada 7 orang. 4 lelaki, 3 perempuan. Sama macam keluarga kami juga.

Katanya, ada 2 orang anak yang tinggal bersamanya sekarang. 2-2 dah berkahwin, namun masih lagi suka tinggal dengannya.

1 di Australia, yang lain ada merata di tanah air. Semuanya dah habis belajar dan kini sudah berkerjaya.

Antara banyak-banyak hal yang kami bersembang, saya suka sekali Pakcik Sahar ini bercerita yang semua anak-anaknya hantar duit kepada isterinya setiap bulan macam bayar kutu. Haha. Tak kisah berapa, tapi semua anak-anak akan bank in secara semulajadi. Tak ada paksa-paksa.

Dan, isterinya dah jadi juru catit setiap siapa yang hantar duit setiap bulan.

Nak jadi cerita, anak beliau yang bongsu ada masalah di perut. Dan memerlukan pembedahan. Waktu itu insuran lambat dan mereka perlu dahulukan duit.

Tak sedar sahaja, isterinya kata ada dalam RM40,000 dalam akaun. Dan alhamdulillah duit itulah yang mereka guna untuk bantu anak tersebut.

Jadi, anak-anak ini faham sendiri yang duit yang mereka beri kepada emak mereka, emak tak guna pun. Emak tukang simpankan sahaja untuk kegunaan kecemasan yang begini.

Dalam bersembang begitu, Pakcik Sahar macam sebak pula.

Kata beliau, dia tak tahu yang isterinya itu sangat hebat mendidik anak-anak beliau sendiri. Kata beliau, semasa budak-budak itu membesar, beliau selalu tak ada. Kerap travel kerana selalu outstation.

Rupanya, perkara menyimpan sesama sendiri ini beliau sudah terapkan dari sekolah lagi.

Setiap duit belanja yang diberi, jika ada baki dalam bentuk siling, semuanya kena masuk tabung rumah. Isterinya memang buat siap-siap ‘tabung rumah’ yang mana di situ akan diletakkan duit-duit siling baki belanja anak-anak.

Dan anak-anak berebut buat benda itu pada setiap kali balik sekolah. Semua nak tunjuk dia ada siling paling banyak.

Masuk university, ianya masih menjadi lagi. Masing-masing hantar RM10 sebulan ke emak, dan ada sahaja yang mereka kerjakan semasa belajar. Buat itu ini part time dan akhirnya apabila dah bekerja, masih lagi berbuat benda sama.

Kata beliau, itulah keberkatan keluarga. Jenis tak berkira langsung sesama keluarga.

Memang ya, anak bongsu beliau sejak dibedah kerana sakit, ada sedikit kesusahan, namun dengan ada adik beradik yang prihatin, beliau yakin yang anaknya itu akan terjaga oleh kakak dan abangnya.

Pakcik Sahar duk cakap dengan saya,

“Berkat ini datang dari rumah kita sendiri. Dari bermulanya pintu depan, sampailah ke pintu belakang. Siapa yang ada di dalam, siapa yang menghuninya perlu diambil tahu susah senangnya. Iya, anak-anak macam-macam perangai, namun nak didik supaya Bersama itu, bukan kerja senang.

Dan paling penting, nak beritahu yang kasih sayang sesama mereka ini tak ada yang boleh lawan nilainya. Jadi asas paling penting ialah ajar anak-anak cermat tentang duit, maklum dan beritahu yang sifat tabung itu sangat penting untuk kehidupan mendatang,”

Ada 2 benda saya belajar.

Pertama, keberkatan itu adalah apabila kita bantu keluarga dahulu. Utamakan keluarga dan adik-beradik yang kesusahan.

Ke-dua, bagusnya ada tabung. Dan bayanglah jika ia bermula dari rumah, kita tak tahu siapa yang malang ditimpa macam-macam halangan dan cabaran hidup. Dan kebersamaan kita adalah hasil dari menabung adik beradik.

Di situ, muncul penuhnya keberkatan, dan pastinya menjadi sebuah kepuasan dapat bantu darah daging kita sendiri.

Terima kasih Pakcik Sahar, kami dapat belajar dan tak terlewat nak mulakan hari ini juga.

Khairul Hakimin Muhammad,

Belajar banyak perkara.

(Visited 802 times, 1 visits today)