Kau kena tahu kawan,
Semasa kau terlelap, Tuhan beri kau keselesaan hati. Keluasan minda dan pengosongan jiwa yang tidak tergambar besarnya.
Kau pun tertidur dan menikmatinya. Sedang kau berdengkur, Tuhan tetap bangunkan ciptaannya yang bernama pernafasan ini dengan hanya memasukkan udara ke dalam badan.
Walau ia tidak terbentuk, entiti itulah yang memasuki tubuh kau dan memberi segala pembuluh darah kau berjalan ke seluruh anggota. Kadang-kadang udara itu jugalah yang beri kau mimpi-mimpi. Dan kau boleh jadi ceria dalam tidur atau kau bersedih juga terkejut.
Ketahuilah kawan-kawan, Allah itu maha mencipta. Dia tidurkan kau dengan segala kuasaNya, Dia juga bangunkan kau dengan kuasaNya.
Sama ada angin, udara, nafas atau apa sahaja istilah yang kau sebut untuk tarik dan hembus, itulah rahsia Dia. Yang sentiasa beri kita rasa dekat. Sama ada sedang sedar atau sedang tidur.
Khairul Hakimin Muhammad,
Berkawan dengan Angin.