Berkawan Secara Tenang-Tenang

Kau tahu kawan,

Abang pun pernah ada masalah obsess. Pernah juga pergi jumpa kawan yang bekerja sebagai kaunselor untuk selesaikan masalah abang. Jujurnya, bila kita ada kawan baik, kita rasa mahu dekat dengan dia, mahu lihat apa dia buat, mahu tahu apa yang dia lakukan dan sebagainya.

Dalam masa sama, kita tak perasan kita sedang buat dia tidak selesa. Kawan abang pesan, perkara pertama yang abang perlu buat ialah tidak berkawan dengannya di Facebook, Instagram serta apapun di media sosial. Lupakan dia secara baik-baik di sana.

Kau tahu, obsess ini akan burukkan kau. Musnahkan hubungan kau.

Memanglah kau tidak menjalankan aktiviti hingga ke hubungan pelik-pelik. Cuma ia akan merosakkan kredibiliti kau sendiri. Kau akan suka baca apa yang dia tulis, nak tahu apa yang dia kongsi dan apabila kau sering sahaja berbuat demikian, lama-lama kau rasa apa yang dia tulis itu untuk kau. Maka, jika dia tulis perkara tidak baik, kau terasa. Jika dia tulis perkara gembira, kau tetap terasa kerana kau rasa kau perlu lebih tahu dari kawan lain di FB. Sedangkan dia tak pernah buat begitu pun dengan kau.

Kawan-kawan,

Cara paling baik ialah block terus sahaja waima dia kawan baik kau. Kau berkawan dengan kawan kau hanya di whatsapp, mesej, call, dan jumpa depan-depan. Paling penting kau kawan dengan dia demi Tuhan. Doakan kebaikan dan sentiasa bersama dia dalam setiap harapan dan pertolongan yang kau boleh beri.

Abang dah buat, itu jauh lebih baik dari sebelum ini. Obsess terhadap apa pun akan hancurkan kau. Positiflah dengan berkawan secara tenang-tenang.

Tuhan sudah kata, kita perlu bersederhana dalam apa-apa hal. Sama juga dalam hal-hal berkawan dan berkeluarga. Kool okey.

Semoga Allah ampunkan segala dosa abang yang sangat banyak ini. Sukalah kepada abang, dan bersederhanalah ya. Abang pun suka dengan kau orang, sebagai kawan juga sebagai pembaca buku-buku abang. Cewah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Kini hanya obsess buku dan Mekah.

(Visited 360 times, 1 visits today)