Berkorban Sekarang Untuk Peluang Mendatang

Pelaburan dalam perniagaan ini ada banyak. Dan yang itulah kita duk ulang sebut dan bebel. Saya biasa ditanya kenapa ada orang bisnes sanggup pergi kelas mahal-mahal dan jauh-jauh?

Jawapan saya, kami ada ROI tersendiri. Dan itu penyebab kena hadir kelas.

Pergi kelas harga RM200 untuk pastikan boleh hasilkan jualan RM20,000.

Pergi kelas harga RM1,000 untuk pastikan boleh hasilkan jualan RM100,000.

Pergi kelas harga RM10,000 untuk hasilkan jualan RM1,000,000.

Kawan-kawan, pergi kelas adalah pelaburan. Bermaksud, kita labur duit dan duit itu akan kembali dengan hasilnya.

Syaratnya mudah sahaja:

1. Masuk kelas dengan minda kosong. Bukan tunjuk pandai dengan guru.

2. Sama ada kelas itu serasi atau tidak dengan kita, itu perkara ke 80,000. Namun kena akur dan faham segala ilmu yang kita dapat itu boleh jadi diguna segera atau diguna akan datang.

3. Buang ego, buang sombong dan buang bongkak. Ya orang bisnes biasa ada benda ini, namun di dalam kelas jadilah pelajar yang zero. Hormat guru dan respek ilmunya.

4. Selepas balik, buat semua apa yang cikgu ajar. Di sini bermulanya usaha.

5. Jika tak buat, rugi. Buat, untung.

6. Orang sombong biasanya tak buat dan rasa diri dia pandai. Lawan guru dan mahu buat lain yang terbaik. Apabila gagal, guru disalahkan.

7. Pelaburan ke kelas adalah pelaburan besar. Ia mengasah kemahiran, ia juga membantu menutup lubang kegagalan. Cuma, ia perlu ada perancangan besar untuk laksanakan apa yang telah dipelajari.

Jika kalian nak tahu, CEO besar di dalam negara termasuk Petronas, Ingress, TNB dan sebagainya juga masih masuk ke kelas-kelas CEO Circle. Kalian boleh google sahaja, kelas mereka semakin kecil namun mereka berjumpa CEO lain semasa sesi tersebut.

Dan itulah yang mereka namakan sebagai networking.

Dalam hal pelaburan, memang ada kesan sampingan yang kita tak jangka. Ia disebut sebagai network.

Bayar harga RM10,000 ke kelas, dapat ilmu untuk buat sales sampai RM1,000,000. Kemudian jumpa kawan baru yang pernah buat jualan begitu, dia cerita tekniknya dan rupanya kita boleh buat jualan sampai RM2,000,000 setahun.

Itulah best pergi ke kelas kawan-kawan, saya antara yang tak peduli cakap orang tentang melabur ke kelas. Ianya sebuah keuntungan besar buat saya. Alhamdulillah.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 673 times, 1 visits today)