Berniaga – Bantu Orang

Sampai sekarang, emak saya masih lagi terima tempahan kawan-kawan kejiranan di Mentakab ini. Tak kira ikut perayaan agama apa, mereka tempah, emak akan buat.

Yang ini untuk kawan emak yang beragama Kristian, mereka nak sambut Krismas beberapa hari lagi. Berniaga kena begitu, kena jual / bantu supply dengan lebih luas. Tidak tertumpu kepada satu-satu komuniti sahaja.


Di Mentakab, Melayu, Cina dan India seolah sama ramai. Dan kami hidup ok ja di sini. Saling berjiran.


Kalau berjual beli makanan, orang Cina dan India suka beli. Kami pula kalau nak repair kereta, pergi workshop Cina. Kalau nak beli surat khabar, gunting rambut, nak jumpa peguam-peguam, memang di sini bangsa India yang ramai.


Saling menguat kata orang.
Orang dulu-dulu berniaga tak ada nak emosi-emosi, tak ada nak bangga nak sombong berjual sana-sini.


Berniaga = bantu orang.


Maksudnya mudah sahaja, kau buat produk yang pelanggan kau tak reti buat. Jadi mereka akan beli dari kau. Kalau kuih, buat sedap-sedap. Kalau baju, buat lawa-lawa, kalau buku buat elok-elok. Ha gitu.


Ramai orang suka berniaga. Dan kita ini sebagai pelanggan, support, sokong, bantu dan dorong mereka. Orang yang bermula dengan kecil, dia tahu itu sahaja kemampuannya, dan jika dia konsisten buat satu-satu benda itu dengan kualiti yang sama, bisnesnya akan berkembang dan membesar satu hari nanti.


Waktu itu kita sendiri bangga yang kita pernah jadi salah seorang yang support dia satu masa lalu.

Begitulah.


Khairul Hakimin Muhammad,
Anak penjual kuih raya.

(Visited 754 times, 1 visits today)