Semasa ke Dubai sekitar 2 tahun lalu, kereta-kereta mewah ini sangat banyak di jalan raya. Kami menyusuri bandar dan menuju ke Abu Dhabi, masih berdentum bunyi enjin kenderaan sebegini.
Dapat ke Dubai Outlet Mall, saya bertembung dengan sekeluarga dari Malaysia. Mereka suami isteri bekerja di sana.
Saya tanya apa yang jadikan Dubai ini dipenuhi dengan orang kaya? Jawabnya:
“Mereka berkongsi kekayaan.”
Saya terdiam. Kisahnya mudah sahaja. Kalau mereka buat bisnes makanan, yang supply adalah kawan-kawan, yang buat marketing juga kawan-kawan dan yang uruskan juga adalah kawan-kawan.
Semua “kawan” itu adalah partner bisnes mereka. Masing-masing menjaga kualiti demi nak teruskan perniagaan. Siapa yang bermasalah, terus ditukar sahaja supplier dan mana-mana yang lain. Tak ada cakap banyak.
Berbeza dengan kita, kita mahu uruskan semuanya kan? Namun tak jadi masalah pun. Boleh sahaja.
Ini yang saya belajar dari team-team berniaga yang hebat. Mereka membina pasukan cemerlang dengan kredibiliti yang sama namun berbeza kerja dan task.
Ada partner buat marketing,
Ada partner yang jadi front person,
Ada partner yang jaga admin,
Ada juga partner yang jaga kilang.
Mereka sebumbung dan membawa agenda syarikat ke misi dan visi yang sama. Teruslah mereka kaya sama-sama.
Kita juga boleh begitu kawan-kawan. Mahu cari partner, cari yang beza dengan kita, yang boleh buat kerja apa yang kita tak sempat. Dia mahir, dia
hebat
dan dia tahu apa tujuan kita.Syarikat berjaya, kita kaya dan dapat bantu ramainya orang lain.
Begitulah. Semoga kalian dapat sesuatu.
Khairul Hakimin Muhammad.
(Visited 655 times, 1 visits today)