
Duduk bersembang dengan orang bisnes ini memang dapatlah belajar banyak benda. Antaranya mereka ini tak boleh duduk setempat. Setiap 30-40 minit mereka duduk, mereka akan bangun berdiri, berjalan atau berbuat sesuatu bukan dari tempat mereka duduk tadi.
Rasionalnya, mereka sengaja mahu rehatkan otak dan memastikan otak mereka ini tak penat berterusan, tetap kena bernafas dan rileks seperti biasa.
Hari ini saya belajar 1 benda yang best, dalam banyak-banyak hal kami sembang tadi, ada seorang duk tanya kepada kawan kami yang berjaya buat sales RM4 juta semasa jualan 11-11 baru-baru ini.
Dia beri kami tips sedap iaitu bagaimana dia setkan sistem pembelian, kemudian buat persediaan staff, produk dan urusan logistik siap-siap.
Namun, ada seperkara yang menjadi sebuah hal yang sangat penting baginya. Iaitu berdoa. Kata beliau,
“Doa ini kena spesifik. Kita tak boleh pergi doa umum-umum nak kaya, nak sales kencang, nak jualan power sepanjang tahun begitu begini.
Kami, setiap musim sales, doa lain-lain. Solat hajat semuanya ikut misi kami.
Contoh, untuk jualan 11-11 kami siap sebarkan dalam group whatsapp company, ini doanya;
Ya Allah, syarikat kami ***** Sdn Bhd mengadakan jualan 11-11, kami sudah buat persediaan, sudah juga melakukan segala usaha dan perancangan. Ya Allah, kami memohon untuk dihapuskan segala dosa kami Ya Allah, dan kami juga bermohon supaya jualan 11-11 ini melepasi angka RM1 juta ringgit Ya Allah.
Hanya Engkau kami bermohon dan meminta pertolongan Ya Allah. Tiada yang lain.”
Kami semua ternganga. Patutlah bisnes beliau kencang bukan main. Dalam tak sedar rupanya beliau ada tips yang power ya amat untuk semua.
Sungguhlah, kita ini berdoa semuanya pakat nak senang, nak mudah, nak cepat. Namun kita sibuk nak Allah makbulkan.
Namun jika kita buat betul-betul, fokus dengan apa yang kita minta, spesifik betul-betul kepada 1-1 perkara, Allah akan bantu. Huhuhu. Terharunya dapat ilmu begini. Semoga saya dapat buat juga. Juga saya kongsi ini untuk kalian semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Doa untuk semua.