BEZA ORANG BERJAYA DENGAN ORANG GAGAL

Beza orang berjaya dengan orang gagal ialah:
 
1. Orang berjaya dia tak peduli tentang besar atau kecil masalah tersebut, yang dia tahu ialah selesaikannya.
2. Orang berjaya biasanya ada prinsip. Prinsip untuk marah, prinsip untuk bertegas, prinsip untuk berubah, prinsip untuk terima dan beri teguran. Orang gagal pula, dia akan sentap apabila ditegur, marahnya berlebih, merajuknya mengada-ngada dan berubahnya banyak ke arah tak elok.
3. Orang berjaya dia melihat peluang apabila ada halangan, cabaran dan rintangan, sedang orang gagal dia nampak dia gagal apabila terbentang banyaknya cabaran.
4. Orang berjaya banyak baiki diri, muhasabah, tengok diri, cermin diri, sedang orang gagal semuanya menyalahkan orang, diri sendiri dianggap betul.
5. Orang berjaya dia tak tengok wall / posting orang gagal, dia hanya skroll dan baca apa yang dia rasa bagus sahaja. Toksik semua dibuang jauh. Manakala orang gagal, melihat posting orang berjaya dengan cebik mulut mengata dan menghina.
 

 

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak berjaya lagi dan lagi.
(Visited 1,257 times, 1 visits today)