Pada bulan mac 2016, dicatatkan seramai 1.65 billion akaun telah pun dibuka di Facebook. Dengan jumlah ini, dicatatkan juga 1.51 billion adalah akaun yang membuka Facebook sekurang-kurangnya satu kali sehari.
Dan, seramai 1.06 billion akaun aktif tegar yang mengemas kini status sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
Pada tahun 2004, Facebook telah pun dibuka hanya untuk pelajar university Harvard sahaja. Kemudiannya, pada tahun 2006, ia telah dibuka kepada umum dengan had layak umur ialah 13 tahun dengan menggunakan alamat emel yang sah.
Setahun selepas itu, Facebook telah pun menerima lebih 100,000 Fan Page yang dibina atas nama syarikat. Facebook kemudiannya menjual sahamnya sebanyak 1.6% kepada Microsoft dengan harga USD 240 juta. Dan kemudiannya membuka cawangan antarabangsa pertama di Dublin setahun kemudian.
Pada tahun 2009, Facebook menerima “aliran wang positif” buat kali pertama. Dan ia diumumkan kepada semua oleh pengerusinya, Mark Zukerberg.
Dan, Facebook mengakui yang mereka membina website ini tanpa ada satu konten pun.
Pada tahun 2010, Mark juga mengumumkan pengguna Facebook telah pun mencapai 500 juta orang. Ia tidak termasuk page yang dibina. Hanya profil. Pada tahun ini, penggunaan Facebook secara purata setiap hari adalah sebanyak 34 minit sahaja. Kemudiannya, Facebook memulakan langkah memasuki era bursa.
Untuk pertama kali, harga Facebook mencanak terus kepada USD 41 Billion dan terus berdiri sama gah dengan taikun website besar dunia seperti Amazon dan Ebay. Kemudian, pada tahun 2012, Facebook sudah pun dianggarkan berjumlah USD 104 Billion.
Facebook kemudiannya dianggap sebagai web sosial yang punya pengaruh paling besar kepada dunia. Pada tahun 2012 juga, bermula kebangkitan emosi, politik, geografi manusia serta peperangan sosial di serata dunia. Malah kebangkitan aktivis banyak bermula dari penulisan di Facebook.
Pada tahun ini juga, Facebook telah membeli Instagram dari Kevin Systrom dengan harga USD 1billion dan kemudiannya mengetatkan penggunaan Fan Pages. Kebanyakan artis, ikon, selebiriti mula beralih kepada Instagram dengan kelajuan tinggi.
Hari ini, Facebook Malaysia dikatakan mempunyai lebih 18 juta akaun yang mana sebanyak hampir 10 juta akaun adalah akaun sebenar dan aktif. Hampir 4 juta pemilik akaun membuka lebih dari dua jam sehari.
Dan pada hari ini juga, sesiapa yang mempunyai pengikut di profil seramai 30,000 orang atau lebih, mempunyai pengaruh besar kepada dunia politik dan ekonomi negara.
Sama ada beliau selebriti atau tidak, mereka ini punya identity “influence” kepada pembangunan dan pembinaan minda kreatif kepada pengguna di Facebook.
Kawan-kawan,
Facebook dibuka hanya dengan sebuah perisian yang tidak ada satu konten pun. Mark dan empat rakannya membina platform ini tanpa ada apa-apa pengisian. Hampir 100% yang ada di dalam Facebook adalah konten daripada pengguna (kita semua).
Ada antara kita yang mendapat RM250 sehari dengan hanya membuat review kepada produk. Ada juga yang mendapat RM5,500 sehari hanya kerana pengaruhnya di bidang berkaitan juga hanya bermula dengan membina konten di Facebook.
Binalah kejayaan dengan menggunakan sepenuhnya platform yang sudah sedia ada ini dengan sebaiknya. Ia percuma. Yang penting ia tidak secara semberono.
Datang belajar dan hiasi kehidupan kalian dengan membangunkan konten di Facebook, mungkin hari ini kalian hanya ada 80 pengikut. Bulan hadapan, entah-entah ada 1,000. Tahun hadapan sudah pun ada 15,000. Waktu itu, juallah apa sahaja. Dan lihatlah poket kalian bagaimana.
Khairul Hakimin Muhammad
Malaysian Social Media Influencer.