Buang Malas! Buat Terus Dan Usaha Sampai Pandai.

Sebabkan kita main media sosial hari-hari, kita dah rasa pandai menggunakannya.

Lalu kita rasa apa kita buat itu betul. Sedang orang lain pergi kelas dan segala mak nenek bengkel dia hadir untuk naikkan sales, dia masih bangga buat iklan banyak-banyak.

Hasilnya kawan yang pergi kelas dapat ilmu dan kemahiran yang power, buat jualan sampai cecah RM1juta sebulan.

Dia masih RM300 sebulan dan berbangga itulah jualan paling banyak dia buat.

Dulu, saya antara yang tak percaya boleh buat jualan sehingga cecah 7 angka sebulan hanya guna media sosial, namun apabila lihat kawan-kawan berjaya, baru saya tersentak yang Allah boleh beri sebanyak mana rezeki kepada mereka yang berusaha menggunakan ilmu, pengetahuan dan kemahiran.

Kawan-kawan,

Kelas, bengkel semuanya itu adalah pelaburan. Itu modal yang kalian perlu letak. Setahun pergilah ke kelas marketing, pengurusan serta kemahiran bisnes.

Ingat, ilmu penghapus ketakutan dan kemiskinan. Dan semestinya menghancurkan ego kebodohan itu.

Apabila dah belajar, buang malas! Buat terus dan usaha sampai pandai.

Kawan-kawan, pergi belajar dan berhenti beri alasan tak cukup masa dan sebagainya. Jika nak sesuatu, wajib korbankan sesuatu.

Berhenti drama. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sampai sekarang masih hadir kelas. Masih!

(Visited 513 times, 1 visits today)