Buang Takut Dihina

Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak kami bukan berbangsa Melayu. Dari sekolah sampai ke tempat kerja. Ada sahaja.
 
Namun buang tepi, mulut orang kita tak boleh tutup, yang kita boleh buat ialah setkan dalam kepala kita kalis marah, kalis benci, kalis sakit hati.
 
Apabila kena hina, kemudian kita senyum, mereka akan terus keliru.
 
Saya ingat lagi dulu, orang cakap ke saya “mak kau ******, sebab tu muka kau hitam!” Kemudian mereka ketawa ramai-ramai “hahahahahaha” sekuat-kuatnya.
 
Kalian tahu apa yang saya diajar untuk saya buat? Saya juga ketawa sekuat-kuatnya, lagi kuat dari mereka “hahahahhahahahahahhahahahahaha!”
 
Sampai mereka akhirnya rasa saya menjengkelkan dan mereka tak buat lagi perkara tersebut.
 
Gais, orang ketawa kalian sekarang bisnes kecil, kita ketawa sahaja sama-sama. Enjoyyy! Tak payah ambil hati. Kita terus duduk, rancang, buat persediaan untuk jadi lebih power lagi.
 
Nanti apabila kalian dah bina empayar, pergi hulur bantuan kepada mereka. Jangan buat apa yang mereka buat kepada kalian.
 
Balas dengan buah, makanan, hadiah dan penuh kebaikan. Itu membezakan kita dengan mereka.
 
Begitulah!
Khairul Hakimin Muhammad,
Buang takut dihina. Berani hadap! Bismillah.
(Visited 289 times, 1 visits today)